Bual Bicara GLAM Bersama ​Michael Meier of Oris - Glam Malaysia

Bual Bicara GLAM Bersama ​Michael Meier of Oris

Rekaan Unggul Oris Memikat Hati

 

Lebih 100 tahun Oris memenuhi cita rasa unggul klien di suluruh dunia. Jam tangan Oris sememangnya berkualiti dan mekanikal, terbukti hebat. Ikuti temu bual GLAM Bersama Michael Meier.

 

Bagaimana kamu melihat Oris dalam masa 10 tahun akan datang?

Angka 10 tahun agak terlalu jauh untuk membuat ramalan. Apa yang pasti, saya mahu janama ini terus fokus pada apa yang membuatkan ia bertahan sehingga 110 tahun. Kami mahu terus mengeluarkan jam tangan mekanikal yang memiliki fungsi hebat, berkualiti tinggi dan pada masa sama, berbaloi dengan nilainya. Selain daripada itu, saya ingin melihat Oris terus dinamik apabila berhadapan dengan perkembangan baru kerana itulah semangat Oris-spirit!

 

Rangkaian Oris yang mana satu idaman hati kamu?

Saya sentiasa jatuh cinta berkali-kali pada semua koleksi jam tangan kami. Sementara saya sedang mengendalikan koleksi aviation, saya mulai menggemari jam tangan sebegini. Untuk sekian lama, di pergelangan tangan saya kini adalah jam tangan pilot, Big Crown ProPilot Calibre 111. Ia menampilkan pergerakan Oris dengan sokongan simpanan kuasa selama 10 hari. Ini semestinya kegemaran saya buat masa sekarang.

See also
Penginapan Istimewa di Kota Bangkok

 

Oris Staghorn Restoration Edisi Terhad (01 735 7734 4185-Set MB)

Bagaimanakah perbezaan pasaran Malaysia dan Singapura berbanding dengan negara-negara Asia lain?

Oris sudah bertapak di Malaysia dan Singapura lebih dari 50 tahun. Oris amat mengenali kelompok kliennya dan para penggemar Oris di rantau ini begitu menyukai rangkaian diving, Aquis dan aviation, ProPilot. Di negara-negara lain, pelanggan lebih gemarkan rekaan klasik. Oris memiliki pelbagai pilihan untuk memenuhi semua selera dan kehendak!

 

Oris Artelier Grande Lune/Diamonds.

Apakah yang wanita cari dalam seutas jam tangan?

Perbezaan nyata adalah pada saiznya. Kebiasaannya wanita menginginkan rekaan yang sedikit kecil dan lebih elegan. Oris pula pengeluar jam tangan mekanikal dan kamu tidak mungkin dapat mencari apa-apa yang digerak menggunakan bateri dalam koleksi kami. Oleh kerana pergerakan mekanikal memerlukan gubahan saiz pada skala tertentu, ini membuatkan proses mereka jam tangan wanita lebih mencabar dari biasa. Walau bagaimanapun, Oris sering kali melahirkan koleksi yang menawan untuk wanita. Lebih-lebih lagi pada tahun ini, kami melancarkan Artelier Grande Lune. Ia adalah jam tangan klasik yang sungguh indah dengan indikasi beautiful moon phase.

 

Oris dan Hemsley + Hemsley.

Apakah kempen atau projek baru Oris di masa akan datang?

Tahun ini dan akan datang memang amat sibuk buat kami! Saya baru sahaja sebut sebentar tadi mengenai Artelier Grande Lune dan kami baru sahaja mulai berkerjasama dengan Hemsley + Hemsley dan berkongsi falsafah mengenai kehidupan dan pemakanan seimbang. Mereka kini menjadi bual bicara kelompok kulinari dunia dan saya tidak sabar mahu berkongsi mesej bersama kami pada semua. Dalam rangkaian diving, kami baru sahaja melancarkan semula Aquis yang ikonik untuk lelaki dan wanita. Rekaannya lebih segar dengan fokus kepada fungsi. Oris juga ingin mengambil inisiatif untuk menyelamatkan laut dan kini sedang berkolaborasi dengan lapan organisasi pemuliharaan. Tahun ini, Oris dan Pelagios Kakunja berkerjasama untuk membantu memelihara ikan jerung hammerhead dari terus pupus manakala dengan Coral Restoration Foundation pula, Oris membantu dalam hal-hal berkaitan memulihara batu-batu karang yang kini terancam.

See also
LV Monogram Jacquard Denim Koleksi Ikonik Terkini

 
[envira-gallery id=”67691″]

Jam tangan daripada rangkaian Artelier Grande Lune.