Trend – Solusi Air Bersih di Kediaman
Istimewa NuSkin
Air merupakan keperluan dalam kehidupan seharian bukanlah sesuatu yang sukar untuk diperoleh. Tetapi mendapatkan air yang berkualiti tinggi dan terbaik penting untuk memastikan kesihatahan terjamin dan mampu bertahan untuk jangka masa panjang.
Mengapa kita perlu menggunakan sistem penapisan air di kediaman?
Hari ini, di sebalik pembangunan yang pesat, sumber air sudah tidak lagi sebersih dahulu. Risiko pencemaran secara langsung dan tidak langsung memberikan kesan jangka pendek dan jangka panjang jika kita meminum air yang tidak dirawat dan ditapis dengan baik. Berikut adalah antara risiko yang bakal dihadapi jika tidak menapis terdahulu air khususnya yang digunakan untuk minum dan memasak.
-
- Keluli berat – Tembaga, arsenik dan lead antara bahan asing yang mungkin terdapat di dalam air mentah anda. Ia bahaya kerana saiznya yang tidak kelihatan pada mata kasar menjadikan lebih bahaya untuk jangka masa panjang.
-
- Bahan kimia sintetik – racun serangga yang digunakan dalam industri perladangan sebenarnya mampu meresap ke dalam tanah lantas mencemari punca air. Kegunaan yang meluas menjadikan banyak punca air semulajdi menerima kesan dengan cara sebegini namun ia tidak dapat dikesan melihatkan pada air itu sendiri.
-
- Karat – sistem pengaliran air terawat adakalanya menggunakan paip yang diperbuat dari besi. Apabila ia mencecah sesuatu jangka masa, karat mula terhasil dan ia mula mengikuti aliran air yang menuju ke rumah kita.
Solusi kepada masalah ini semestinya pemilihan sistem air yang baik. untuk itu, jenama Nuskin membawakan pilihan terbarunya yakni ECOSPHERE WATER PURIFIER untuk memastikan para pengguna dapat menikmati air yang bersih terus untuk diminum di setiap kediaman. Mesin ini menyediakan empat kali proses penapisan untuk memastikan sehingga 99.9999% keberkesanan terhadap air yang ditapis. Fungsi penapis yang berbeza untuk mengelakkan bendasing juga organisma berbahaya daripada terus mencemari air yang diminum. Tambahan pula ia turut membantu memberikan air minuman yang lebih sedap, juga lebih selamat. Dengan jumlah air yang ditapis mencecah hingga 5200 liter untuk setiap pusingan penggunaan katrij penapis, ia mampu bertahan sehingga setahun dengan proses pemasangan dan pengendalian yang boleh dilakukan sendiri.