#StayHomeWithGD: Resipi Auntentik Asia Mama San - Glam Malaysia

#StayHomeWithGD: Resipi Auntentik Asia Mama San

Rempah-ratus, bahan-bahan segar dari serantau Asia dimasak dengan teknik dan warisan turun-temurun menjadi taruhan gelanggang gastronomi ciptaan Chef Will Meyrick untuk Mama San. Gaya masakan jalanan orang Cina, Indonesia, India, Melayu, Singapura, Thailand, Kemboja dan Vietnam diperkemaskan semula oleh Meyrick dalam membentuk barisan menu kulinari moden Asia di Mama San.

Mama San bertapak di Bali sebelum melebarkan sayap antarabangsa pertamanya di kota metropolitan Hong Kong, kemudian Kuala Lumpur. Antara menu enak mesti cuba adalah Salad Pomelo, Rendang Daging, Dendeng Balado, Ayam Sambal Hijau Padang, Ikan Siakap Masam Manis, Murtabak Kambing dan aneka jenis mee seperti Phad Thai, Radna dan Pho memikat selera. Buat yang mahukan rasa lokal, Nasi Lemak, Lontong dan Cekodok Pisang antara yang boleh dinikmati kala sarapan sehingga waktu minum petang. Strategik dalam pusat beli-belah Suria KLCC, menghadap landskap luar – air pancut, anda boleh memilih untuk duduk di luar sambil menghirup udara segar atau melabuhkan tubuh dalam interior cosy elegan.

See also
Trend - Sistem Pintar Anthracite Häfele

Mama San menterjemahkan warna-warni gemilang kuliner gaya jalanan – atmosfera kesibukan pasar-pasar dan lorong di sekitar kota Jakarta, Hanoi, Bangkok dan Delhi dalam interior restoran. Bibit-bibit nostalgia era kolonial lama terlihat jelas menerusi odisi memoir fotografi hitam dan putih. Gabungan material kayu, tembaga dan kulit adaptasi gaya perindustrian moden. GLAM Deko kongsikan resipi Mama San yang popular iaitu Salad Pamelo dan Ikan Siakap bersama Kuskus & Asparagus.

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Salad Pomelo

Bahan – bahan

½ biji limau bali/ pomelo

1 sudu kecil pes cili

2 sudu besar santan

2 sudu kecil udang kering

2 sudu besar sos ikan

2 sudu kecil gula Melaka

3 sudu besar kelapa goreng

Cara menyediakan

  1. Masukkan buah bali ke dalam mangkuk salad.
  2. Dalam mangkuk lain, masukkan pes cili, santan, serbuk udang kering sos ikan dan gula Melaka. Kacau sehingga sos sebati.
  3. Gaulkan buah bali, bawang merah, udang kering bersama kuah salah sehingga rata. Taburkan kelapa goreng di atas.