Santuari Pesona Nina Ismail Sabri
Teks & Penyelaras : Nadia Zolkifli
Gambar : Jason Lee
[soliloquy id=”57783″]
Ceritakan mengenai Capello by Nina
Outlet pertama Capello by Nina terletak di Seksyen 7, Shah Alam sebelum berkembang di Bangi, kemudian, Ampang. Atas permintaan ramai di bahagian Selatan dan Singapura, kami melebarkan sayap ke Johor Bharu. Tidak mempunyai apa-apa latar belakang mengenai dunia kecantikan dan rambut, tetapi saya adalah seorang avid saloon goers. I hardly wash my hair at home. Saya suka membuat hair treatment dan membelai rambut di salun. Dari situ, saya membuat market research dan percaya tidak ada lagi salun yang dikhususkan hanya untuk wanita. Malah, pendandan rambut kami juga adalah perempuan. Jadi, tidak ada lagi masalah aurat untuk wanita berhijab di Capello by Nina.
Apakah konsep interior di Capello by Nina?
Sama sekali berbeza dengan apa yang dibawakan oleh outlet Capello by Nina di Shah Alam dan Bangi yang didominasi earthy tone, coklat dan chrome. Di Ampang, auranya lebih edgy, muda dan bertenaga. Kami banyak bermain nuansa pastel seperti kuning, merah jambu dan coklat cair. Seni grafik pop art di setiap panel dinding di salun juga memberikan sentuhan unik. Kesemua outlet Capello by Nina termasuklah Peterana Kindergarten direka oleh Hafiz Osman, pemilik PO Design.
Apakah kelainan yang dibawakan oleh Capello by Nina?
Kami beroperasi seperti one stop centre. Selain rawatan rambut seperti cream bath, kami menawarkan servis kecantikan muka (facial), manicure pedicure, waxing dan body massage. Anda tidak perlu ke pusat kecantikan atau salun berbeza untuk mendapatkan rawatan kecantikan berbeza. Malah, bagi ibu yang membawa anak, ruang kanak-kanak, bilik rawatan peribadi sesuai untuk ibu menyusu dan surau disediakan. Kami juga menggunakan rangkaian produk bebas kimia, organik dan halal. Bagi rawatan rambut, kami mempercayai rangkaian produk Selective Professional daripada Itali yang merawat rambut terus hingga ke kulit kepala. Sangat bagus untuk mereka yang berhijab!
Rutin kecantikan Nina?
Percayalah saya seorang culas perihal kecantikan. Everything has to be simple and easy. Saya hanya pentingkan tiga produk asas; pencuci, penyegar (toner) dan pelembap muka. Saya juga pengamal jamu. Bukan dalam bentuk pil tetapi dibuat segar oleh ibu mertua saya. Malah, saya mengamalkan rawatan tradisional di rumah seperti campuran minyak kelapa dan minyak kastor untuk mendapatkan rambut lebat.
Potongan rambut terbaik pernah anda lihat?
Saya sukakan potongan rambut Blake Lively dan Shay Mitchel. Rambut mereka berombak, luscious dan mempunyai body. Cause my hair will be forever straight!