Santuari Kamar Peribadi Gaya Hotel - Glam Malaysia

Santuari Kamar Peribadi Gaya Hotel

 

Penampilan kamar mandi hotel bergaya klasik – merupakan sebahagian daripada pengalaman menginap di hotel bertaraf lima bintang, setanding dengan terjemahan nikmat kelembutan kemasan cadar, disempurnakan dengan reka bentuk katil yang yang paling selesa. Tenang, cantik, praktikal, dan mewah dengan reka bentuk, kamar peribadi ala-hotel adalah dambaan semua. Di sinilah ruang khas untuk berehat pada penghujung hari, memanjakan diri dengan mandian buih di dalam tab yang pastinya menenangkan.

Inilah caranya untuk mencipta pengalaman serupa di rumah!

 

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

 

BELAI DIRI

Kembara dengan pengalaman menginap di hotel, memberi satu nikmat dan kepuasan buat diri. Dan, untuk benar-benar membawa pengalaman ini, anda perlu merasai kepuasan sebenar yang ingin dinikmati! Jika anda mempunyai ruang yang besar dan selesa, hadirkan sebuah tab mandi untuk menambahkan ambien mewah, dengan turut menyediakan ruang untuk menempatkan keperluan lain seperti bahan bacaan, seleksi lilin, tidak lupa unsur hiburan seperti televisyen buat menonton rancangan kegemaran.

See also
Trend Rekaan Kamar Mandi Terbaik 2020

Jangan lupa untuk menambah mandian kegemaran anda atau campuran mandian susu!