Sajian - Menu Makan Tengahari Terbaru di Pince & Pints Kuala Lumpur - Glam Malaysia

Sajian – Menu Makan Tengahari Terbaru di Pince & Pints Kuala Lumpur

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Hujung minggu masa terbaik untuk bersama keluarga. Jika belum tahu lokasi untuk dituju, Pince & Pints Kuala Lumpur menjanjikan sajian istimewa hujung minggu.

 

Lobster for lunch? Mengapa tidak. Pince & Pint Kuala Lumpur yang direnjis rasa dan menggunakan bahan segar bersama rempah ratus lokal terpilih. Hidangan Chettinad Lobster Thali dicipta oleh Chef Balan menyediakan keseimbangan palet rasa dan tekstur berbeza masakan India; manis, masam, pahit, masin dan pedas menerusi pelbagai elemen sampingan termasuk nasi putih, Aloo Ghobi, Chana Masala, bendi goreng, raita, papadom dan rassam.

 

Menu Nasi Goreng Masam Manis Udang Kara atau Lobster diinspirasikan oleh nasi goreng Cina. Nasi digoreng bersama bawang putih dan dihidang bersama lobster yang dimasak dalam kuah tomato masam manis.

 

Manakala, Pasta Cendawan, menu tanpa daging atau lobster sesuai untuk pengamal vegetarian atau alah pada makanan laut. Tiga jenis cendawan; butang, shitake dan shimeji dicincang halus sebelum ditumis sehingga mengeluarkan aroma enak dan digaul bersama pasta.

See also
Trend - Perincian Wainscoting Pada Dinding Ruang Kediaman

 

Bagi penggemar hidangan laksa, menu bermusim Pince & Pints, Laksa Lobster kini telah dijadikan menu tetap restoran ini. Laksa Lobster dimasak dalam gaya Peranakan menggunakan kuah lobster yang direbus selama tiga jam bagi membangkitkan rasa asli udang sebenar. Laksa dihidang bersama ketulan daging lobster segar dan ulam-ulaman.

 

Selain itu, Pince & Pints turut mempersembahkan dua menu pembuka selera terbaru, Mediterranean Prawn Salad dan Lobster Bisque.

 

Kesemua menu ini boleh dinikmati untuk makan tengahari pada setiap Sabtu, Ahad dan cuti am.

 

Pince & Pints berlokasi di Jalan Telawi, Bangsar.

 

Slide untuk lihat gambar.