Rekaan Hebat - Koleksi Kayu Pintar - Page 4 of 4 - Glam Malaysia

Rekaan Hebat – Koleksi Kayu Pintar

Elegan abadi. Simbolik kepada Koleksi Kartell Smart Wood sentuhan pereka hebat, Philippe Starck. Koleksi ini diilhamkan dari keindahan reka bentuk, yakni ciri-ciri yang membezakan keunikan setiap objek, hasil kajian dan teknologi yang inovatif. Konsep kreatif yang dikembangkan oleh Philippe Starck ini berkisar pemilihan bahan dan material kayu yang digubah membentuk produk jenama dunia - Kartell.

Menggunakan teknologi yang dipatenkan, setiap kayu berfungsi dengan acuan yang direka khas untuk membentuk lengkungan yang sempurna, mewujudkan tempat duduk dengan reka bentuk bulat yang selesa, menggabungkan keindahan kayu dengan garis ergonomik yang ekstraordinari. Buat pertama kalinya, Kartell telah berjaya membawa reka bentuk tiga dimensi berbanding dua dimensi sebelumnya, termasuk bahagian sisi yang lebih menarik, dengan rekaan melengkung untuk jaminan keselesaan maksimum.

Koleksi Kartell Smart Wood ini menandakan permulaan baharu dalam sejarah jenama Kartell, sebagai sebahagian daripada projek "Kartell loves the planet" yang lebih menyeluruh, meningkatkan amalan yang baik untuk kelestarian terhadap alam. Dengan koleksi ini, Kartell telah memindahkan paradigma, ia tidak lagi menjadi persoalan penggunaan unsur-unsur kayu untuk membina struktur, malah memanjangkan had kelengkungan panel dan mencipta bingkai kerusi dengan lengkung berlainan bagi menghasilkan rekaan kerusi tiga dimensi.

Seleksi jenama Kartell kini menempati ruang pamer Lightcraft berlokasi di Lightcraft Gallery, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur.

4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse