Libur - Percutian Hujung Minggu Lost World of Tambun, Ipoh - Page 4 of 4 - Glam Malaysia

Libur – Percutian Hujung Minggu Lost World of Tambun, Ipoh

Ipoh, digelar bandar hipster mempunyai destinasi pelancongan dalam negara yang menarik dan mempunyai kepelbagaian sosio budaya, sejarah dan warisan tersendiri.

Apabila tiba di Ipoh, jangan lupa untuk mengunjungi Lost World of Tambun. Hanya 30 minit dari bandar besar Ipoh, Lost World of Tambun, taman tema keluarga dengan lebih 64 tarikan, 10 taman dan 109 spesies haiwan untuk diterokai. Gabungan taman hiburan, taman tema air, zoo mini dan kolam air panas semula jadi, Lost World of Tambun dibangunkan oleh Sunway City Ipoh dalam kawasan gua batu kapur berusia hampir 400 juta tahun.

Tasik Cermin antara lokasi alam semula jadi yang cantik untuk dilawati.

Bagi yang mempunyai anak kecil, taman tema ini amat sesuai kerana tidak ada permainan terlalu ekstrem tetapi masih padat dengan aktiviti. Hujung minggu ini anda boleh mengadakan percutian singkat bersama keluarga dan teman-teman di sini.

EKSPLORASI ALAM & SEJARAH

Selain taman tema hiburan dan taman tema air, pengunjung boleh melihat Tin Valley, Tiger Valley, Petting Zoo dan Adventure Park. Di Tin Valley, mengembalikan semula sejarah industri tertua di Malaya dan Ipoh, perlombongan timah. Pengunjung dapat merasai pengalaman “Dulang Washing” (Tin Ore Panning) dalam kawasan perlombongan tin lengkap dengan patung bersaiz manusia dan kotak pam batu kerikil. Usai aktiviti, boleh menuju ke Dulang Tea House, restoran di dalam gua batu kapur yang menghidangkan hidangan kopitiam seperti kopi dan teh bersama roti bakar.

Malaysia Zoo atau petting zoo di Lost World of Tambun antara tarikan yang mendapat perhatian dan pujian ramai. Terdapat lebih dari 55 spesies haiwan eksotik dan menarik boleh anda lihat dan sentuh termasuk arnab, rakun, zirafah, unta, kuda renek (miniature horse), haiwan reptilia seperti ular dan cicak serta banyak burung menarik seperti nuri dan merak di dalam sangkar Bird Paradise.

Pecinta kucing, Catopia memayungi pelbagai jenis baka kucing termasuk maine coon dan spinx yang menanti untuk bermanja dan dibelai.

Dapatkan info lanjut dan maklumat tiket di sunwaylostworldoftambun.com

Slide untuk lihat gambar. 

4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Mandi-manda dengan permainan gelongsor, air pancut dan kolam air panas.