Kediaman - Moden Alami Avanti Residences - Page 5 of 8 - Glam Malaysia

Kediaman – Moden Alami Avanti Residences

 

Penyelaras & Teks : Nadia Zolkifli
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar : Wan Izhar (One Digital Solution)

 

Terpinggir jauh dari hiruk pikuk kesibukkan ibu kota, unit kediaman Avanti Residences membawakan gaya hidup serba moden dalam kepungan alam semulajadi. Terbina dalam garis moden bertepatan gaya hidup warga metropolitan yang mahukan kehidupan minimal, straight-forward tapi masih punya rasa dan sentimen kehijauan.

 

Avanti bermaksud maju kehadapan cerminan visi syarikat hartanah Johawki Development untuk terus melangkah tanpa gentar dalam industri. Reka pelan interior kediaman jenis Semi D ini dibina lapang terbuka memberi laluan secukupnya buat aliran udara dan limpahan cahaya semulajadi dari setiap pojok yang ada. Keluasan mencecah 2,750 hingga 3,174 kaki persegi memayungi enam kamar beradu, lima kamar kecil bersekali binaan pintu berkunci pintar dan sistem penggera.

 

Pereka bentuk dalaman Mamyhome Interior Design Renovation diberi mandat untuk mereka bentuk keseluruhan interior unit contoh Avanti Residences. Amin Yussoff, Pengarah Pengurusan Kreatif bercerita mengenai keunikkan Avanti Residences dan keperluan khidmat pereka bentuk dalaman dalam membina mahligai impian.

 

Ceritakan mengenai projek reka bentuk dalaman Avanti Residences?

Seperti apa yang dapat dilihat, Avanti Residences terbina dalam kepungan kehijauan alam yang subur. Pemaju mahukan sesuatu yang mendamaikan dalam masa sama kelihatan moden, elegan dan mewah. Berpaksikan nuture with nature, kami garapkan elemen nature bermula dari tona warna bumi, warna ceria alam; biru, oren dan pink fuchsia dan tekstur. Istimewanya, setiap ruang mempersembahkan elemen berbeza dari segi reka bentuk, fungsi dan impak (wow factor).

 

Apakah kelainan dalam konsep alam semulajadi/ nature yang cuba ditonjolkan?

Kami mahu menimbulkan rasa damai, selesa penghuni sebaik melangkah masuk ke dalam kediaman. Keunikkan Avanti Residences terletak pada space planning. Seni bina Avanti sedia ada sudah menerapkan impak interior design yang mana – ruang dibina mengikut zon kehidupan normal termasuk courtyard. Kami pula banyak menggarapkan kepentingan fungsi dan praktikaliti bergaya seperti pintu tandas dibina secara camouflage pada binaan dinding. Malah, kami juga membina rekaan kabinet berbeza untuk setiap kamar beradu bergantung kepada kegunaan dan fungsi ruang. Setiap reka bentuk yang terpamer di unit kediaman contoh ini sememangnya praktikal untuk kegunaan setiap penghuni dan ready to move in immediately. Reka bentuk kami berprinsipkan kepada citarasa dan keperluan penghuni kediaman kerana kami amat menitikberatkan kehendak pelanggan.

 

Apakah identiti reka bentuk EA Alam Reka Design Republic?

Semestinya wow factor. Keduanya ialah prinsip dua warna tiga tona. Secara asasnya, kami memilih dua warna asas diikuti tona warna dalam kelompok warna asas tadi sebagai warna latar kediaman. Ini memastikan tidak berlaku kecelaruan konsep warna di kediaman.

 

Apakah perkara sukar dalam mereka bentuk Avanti Residences?

Mencapai kata sepakat dengan klien adalah antara perkara yang mencabar untuk apa jua projek. Tugas kami – pereka bentuk adalah menterjemahkan kehendak dan citarasa pelanggan dalam bentuk realiti dan fungsi. Dan tentunya bajet, kerana kebanyakkan orang mahukan sesuatu yang murah tetapi berkualiti.

 

Slide untuk lihat gambar. 

5 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dapur bergaris linear dan serba putih menampakkan dimensi mata lebih lapang dan segar.