Kediaman - Fusion 'Cinta' Moden - Page 2 of 9 - Glam Malaysia

Kediaman – Fusion ‘Cinta’ Moden

Eklektik boleh menjadi sesuatu yang memukau jika dilakukan dengan tepat. Tambahan pula kolaborasi beberapa orang berbeza mengarah sesuatu projek, pelbagai pendapat mampu menjadikan ia sebagai satu gabungan yang unik. Buat Ramesh Seshan dan kumpulannya di Seshan Design, menerima projek kediaman oleh Kapten Lee dan isterinya, Corinna; yakni kediaman yang terletak di pinggir bandar, hasilnya sama ada bakal menjadi sesuatu yang menakjubkan atau menakutkan. Mewakili Seshan dan team, sekumpulan anak muda yang dinamik, sarat dengan idea dan bersemangat untuk menghasilkan sesuatu yang berbeza. Manakala sebelah pihak lagi, merupakan Kapten Lee, seorang yang punya pendapat sendiri serta telah banyak mengembara ke pelbagai lokasi berbeza dan terinspirasi oleh pelbagai era dan genre. Tetapi pada klimaksnya, gabungan kedua-duanya selari menyahut cabaran untuk berjaya dalam menghasilkan struktur kediaman bergaya industrial yang mengambil inspirasinya merangkumi gaya 70-an kota Hong Kong kepada rekaan Barcelona Pavilion oleh Mies Van De Rohe yang tergabung mesra pada satu binaan.

2 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

“Kediaman asal pemilik ini dibina di atas sebuah kediaman bergaya resort ala Bali yang merupakan gaya popular suatu ketika dahulu. Tetapi untuk kediaman baru, klien ini mahukan sesuatu yang lebih segar dengan gaya semasa yakni raw dengan gabungan dinding konkrit dan bata merah. Namun demikian, klien juga (khususnya Kapten Lee) tertarik pada sesuatu yang bergaya retro dan vintaj. Sebelum ini kerjayanya menuntut dia berpangkalan di China lantas memberi peluang yang luas untuk seleksi barangan bergaya sebegini. Dia juga telah membawa pulang rekaan semula motorsikal lengkap tempat duduk sisi seperti yang digunakan oleh tentera Rusia ketika Perang Dunia kedua,” ujar Ramesh dalam nada teruja. “Bahagian terbaik untuk kediaman ini adalah kami memiliki klien yang bersifat quirky dan memiliki pelbagai barangan berbeza dan membuka kemungkinan untuk apa sahaja. Tambahan pula klien ini memiliki akses kepada hampir apa sahaja komponen eksotik dan dihasilkan dengan harga murah di China menjadikan ia lebih menarik. Kediaman ini tidak memilih konsep tertentu tetapi penghujungnya klien menetapkan tema mengikut ruang-ruang tertentu.”

See also
Portfolio Aset Hartanah Bersama, Angelina Jolie & Brad Pitt