Kediaman - Banglo Post-Colonial Gaya Inggeris - Glam Malaysia

Kediaman – Banglo Post-Colonial Gaya Inggeris

Jalinan kuat alam dan seni bina bersatu. Dikepung kehijauan landskap nan indah, banglo post-colonial berlokasi di Mutiara Homes, Kota Damansara ini bak saujana mata memandang, redup, asyik dan mempersonakan.

Asyik menyaksikan kelibat ikan koi berenang-renang di dalam kolam, sang itik berpasangan mengapung di permukaan air, bunyi desiran air pancuran yang mengalir menerbitkan satu rasa yang sukar untuk digambarkan. Dikelilingi pagar dan rimbunan pepohon pelbagai spesis yang bertindak menutupi pandangan luar, banglo ini seolah-olah terasing dari kesesakan persekitarannya. Struktur seni bina banglo yang diilhamkan dari era postcolonial diberi nafas dekorasi sepenuhnya oleh pemilik, menterjemahkan sepenuhnya usaha, tenaga dan kreativiti bagi menerbitkan keindahan landskap yang unik dan tersendiri.

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Apakah konsep dekorasi kediaman?

Tatkala kami merancang untuk memilih konsep hiasan dalaman, saya dan suami sepakat memilih tema Inggeris, sementelah kami berdua lama menetap di luar negara sebelum pulang ke tanah air. Pengalaman dan cita rasa ini saya terjemahkan dalam penataan ruang. Begitu juga binaan landskap yang mengepung kediaman. Konsep landskap fusion digabungkan agar serasi dengan iklim dan suasana setempat.

See also
Inspirasi - Sofa Generasi Baharu Jenama Rozel