Gucci Melengkapi Rutin Harian - Glam Malaysia
Gucci Melengkapi Rutin Harian 01

Gucci Melengkapi Rutin Harian

Rumah fesyen asal Itali ini julung kalinya membentangkan himpunan gaya hidup pertamanya. ‘Gucci Lifestyle’ merangkumi item seperti buku nota, pen dan pensil serta set mainan. Visual kempennya dihidupkan oleh artis surealis garapan Max Siedentopf.

Pembentangan Gucci Lifestyle menguatkan lagi trend yang diperlihatkan saban tahun kreasi barisan rumah fesyen di dalam melengkapi himpunan gaya hidup mereka. Jika sebelum ini kita diperkenalkan dengan objek atau collectible item seperti papan luncur Chanel, kondom Saint Laurent dan kutleri Prada. Kini Gucci, melengkapi sisi gaya kehidupannya dengan menampilkan alat tulis serta mainan; bagi mengimbangi visi kreatif waktu berlangsungnya Minggu Reka Bentuk Milan September lalu.

Gucci Melengkapi Rutin Harian 05

Himpunan alat tulis cetakan Web dan Horsebit

“Mengenangkan zaman kanak-kanak, bila melewati ke kedai alat tulis untuk mencari pensil, pen, dan buku nota .. bermaksud membawa impian ke dalam rutin harian saya,” terang Alessandro Michele. “They were fine, well-made objects that spoke of craftsmanship. Walaupun ia adalah sebahagian daripada kehidupan seharian, saya dapat mengekspresikan aura magis, misteri lagi indah.”

See also
#StayHomeWithGD: Tip & Cara Membasmi Kuman Di Kediaman

Gucci Melengkapi Rutin Harian 02

Pengarah Kreatif Gucci ini juga menambah bahawa dia membayangkan butik Milan yang didekasikan sebagai cabinet of curiosities, ‘Wunderkammer seperti gua Ali Baba’ yang menterjemahkan dimensi dongeng ke objek harian dalam dunia nyata. Tambahnya lagi, “saya sudah lama memasang hasrat untuk memasukkannya ke dalam koleksi yang direncanakan dahulu. Namun, mereka tidak punya kaitan dengan pakaian serta aksesori. Itulah sebabnya saya ingin membina ruang aneh lagi misteri ini, di mana mereka boleh dibentangkan. Bertujuan untuk mengembalikan keindahan kehidupan seharian yang senantiasa dihargai oleh saya.”

Gucci Melengkapi Rutin Harian 07

Set papan catur kayu

Koleksi Gucci Lifestyle mula memasuki pasaran bermula awal November di butik Gucci terpilih di seluruh dunia. Menawarkan pelbagai pilihan alat tulis. Termasuk, pen, pensil, pemberat kertas serta buku nota dengan sarung kanvas signatur imaginasi Gucci yang kebanyakannya berbahan tekstil Gucci Demetra™. Di mana ia, diperkembangkan oleh juruteknik dan artisan rumah fesyen ini sendiri dengan menggunakan proses tanning yang sama. Namun, bersandarkan bahan mentah bebas haiwan yang berasaskan tumbuhan. Halaman buku nota dan pad notanya pula dibuat dari kertas selulosa tulen yang diperakui FSC. Kemudian dikemaskan dengan sarung berpunya motif flora, corak grafik atau watak Disney.

See also
Ruang - Idea Oasis Peribadi Kediaman

Gucci Melengkapi Rutin Harian 04

Untuk liburan santai, Gucci juga menampilkan kad permainan dalam gaya Gucci klasik. Dek kad yang tersimpan dalam casing GG Supreme (single atau double deck) menampilkan lanskap mitos di bahagian belakang. Kad-kad mainan ini dibuat oleh Modiano, satu perusahaan Itali yang terkenal dan bersejarah yang ditubuhkan di Trieste pada tahun 1868 oleh Saul David Modiano, seorang pedagang dari Thessaloniki, Greece. Turut sama, memaparkan set dadu buatan tangan, dibuat di Itali berbahankan bio-resin menggunakan teknik pembuatan tradisional.

Gucci Melengkapi Rutin Harian 06

Item esensial buat penggembara tampil dalam corak Geometric G

Tambahan lagi, Gucci mempamerkan kipas tangan yang diperbuat daripada kayu dan sutera satin yang dicetak dengan corak ikonik Gucci dilengkapi dengan sarung yang mempunyai motif yang sama. Untuk si petualang, Gucci turut membentangkan set untuk dibawa untuk melancong seperti pelitup mata, bantal dan mules yang dibikin dari kombonasi bahan lestari alam.

Pautan berkaitan: Kediaman Inap Privasi Tiarasa Luxe