Fokus - Pilihan Arkib Tekstil - Page 4 of 5 - Glam Malaysia

Fokus – Pilihan Arkib Tekstil

Ramai yang masih mengambil mudah pilihan jenis dan material fabrik untuk kediaman. Fabrik untuk kediaman perlu bersifat lembut, selesa dan tahan lama. Seiring zaman, kewujudan pelbagai rekaan dan mutu fabrik boleh diguna pakai untuk kemasan perabot, kemasan lembut termasuk sarung kusyen, cadar dan langsir.

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

ORGANZA SHEER

Fabrik jarang yang dilihat mewah untuk aksesori tetingkap dan pintu gelangsar. Sering dilihat dalam warna-warna mendalam seperti marun, ungu dan biru nilam. Pilihan fabrik jenis ini memercikkan rasa romantis di kamar beradu. Bersifat lut sinar dan ringan, fabrik jarang ini sesuai untuk mencipta gaya rustik atau vintaj.

Tip Penting

  1. Organza tidak sesuai untuk mereka yang mementingkan privasi kerana fabrik jenis ini lut sinar.
  2. Warna mudah luntur dan tekstur fabrik agak keras, rumit untuk kerja-kerja penggayaan.
  3. Kepelbagai cetakan corak dan teknik warna, mudah untuk mereka langsir atau alas meja.
  4. Jika fabrik terlalu jarang walaupun memiliki cetakan corak, organza tidak cantik dijadikan sarung kusyen.