Fokus - Identiti Reka Bentuk Point 21 - Glam Malaysia

Fokus – Identiti Reka Bentuk Point 21

Nama jenama diambil daripada rentasan sempadan Johor dan Singapura, yakni Point 21. Jenama ini ditubuhkan bagi memenuhi permintaan pencinta dan pemain industri reka bentuk tempatan dalam rekaan terkini perabot, aksesori, kemasan lembut, kertas dinding dan perhiasan seramik serta porselin seperti pinggan mangkuk.

Point 21, diusahakan oleh Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Sultan Ibrahim bersama suami, YB Dato’ Dennis Muhammad Verbaas dan rakan, Aishah Mohd Suhaimi. Berkiblatkan pesona gaya interior ‘Hollywood Regency,’ Point 21 telah melakar portfolio cemerlang menerusi perlaksanaan beberapa projek termasuk dewan makan (food hall) di Four Seasons Kuala Lumpur dan beberapa projek pengubahsuaian unit pameran apartmen dan hotel di Singapura. Point 21 memenuhi permintaan tempatan untuk jenama perabot dan aksesori mewah dari Eropah, lilin wangi Boabab Collection, kemasan kertas dinding lukisan tangan De Gournay, perhiasan seramik dan porselin Images D’orient. Malah, jenama ini berpegang pada reka bentuk infiniti untuk hari ini, esok dan selamanya. YAM Tunku Tun Aminah menguraikan cita rasa peribadi, tip dan jangkaan trend industri reka bentuk tahun ini.

See also
Individu Yang Menyebabkan Kematian Puteri Diana Dikecam Putera Harry

Permulaan Point 21

“Selepas berkahwin dengan YB Dato’ Dennis Muhammad Abdullah yang berasal dari Belanda, kemudian berpindah masuk ke kediaman baru kami – dia memacu hala tuju perniagaan kami lebih serius. Kami menjual segala jenis perabot bermula dari rekaan sofa, meja, pengcahayaan, wangian kediaman dan kini pinggan mangkuk dan aksesori meja makan di bawah naungan jenama Point 21. Kami turut menerima tempahan perabot bespoke,” bicara YAM Tunku Tun Aminah Maimunah.

Tips Memilih Fabrik

Be safe dan pilih kepada spektrum warna neutral dahulu, sebaik memutuskan gaya bersesuaian dengan kediaman, pesona dan gaya hidup; mula menambah perabot dan aksesori secara berperingkat. Warna neutral mungkin membosankan namun ternyata pilihan selamat untuk penghuni melihat setiap kali melangkah masuk ke kediaman. Warna memainkan peranan besar bukan sahaja untuk mata bahkan mempengaruhi ambient dan mood semasa berada di kediaman.

Trend Fabrik dan Décor 2020

Saya melihat gaya retro bakal membuat kemunculan semula. Rekaan kerusi dan lampu candelier pada era 60-an dan 70-an dilatari warna-warna natural seperti biru, kuning dan merah jambu.

See also
Tiga Penggiat Seni Terkenal Dikurnia Gelaran Datuk

Ruang pamer Point 21 di Glomac Damansara, Jalan Damansara, Kuala Lumpur.

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse