Barisan insan berpengaruh membantu menetapkan gaya dan trend dunia dekorasi sebagai inspirasi dan panduan untuk para pengguna. Setiap mereka mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri.
Use your ← → (arrow) keys to browse
Omar Khan
Dengan pelbagai portfolio di sebalik nama individu yang mempunyai latar belakang yang unik ini, ternyata Omar Khan terus melakar langkahnya, membina nama di peringkat dalam dan luar negara. Jenamanya, Omar Khan Rug terus menembusi ruang-ruang ternama sama ada komersil mahupun kediaman persendirian. Sebelum meneruskan langkah sebagai pereka karpet, dia terlebih dahulu dikenali sebagai penata gaya, pereka perabot juga visual merchandiser. Antara jenama yang mendapat sentuhannya adalah Pedder Red, Biyan, W Residences, Christian Louboutin, BRDB dan beberapa lagi. Lewat satu ekspo perniagaan yang disertainya, Maison Objet dia mula merencana beberapa seleksi produk di bawah namanya, mengkhusus kepada kediaman antaranya lilin perabot juga karpet. Namun seorang individu, Naib Presiden Mohawk Asia, mencadangkan Omar untuk kekal pada kekuatan rekaannya yakni karpet yang unik dan tersendiri.