Fokus - Faktor Penting Pelaburan Hartanah - Glam Malaysia

Fokus – Faktor Penting Pelaburan Hartanah

Dominasi pilihan hartanah hari ini hadir dalam pelbagai pilihan dan lokasi. Bagaimana untuk memastikan anda membuat pilihan yang bijak dan praktikal seiring gaya hidup masa kini?

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Lokasi

Mengapa lokasi itu penting? Sama ada untuk pelaburan atau kegunaan sendiri, lokasi adalah elemen utama yang menentukan harga sesuatu hartanah itu. Ada yang memilih untuk berada di tengah kota kerana mahu akses yang mudah kepada perkara dan kemudahan lain. Ia juga penentu kadar kenaikkan nilai sesuatu hartanah untuk jangka panjang dan jangka pendek. Ada pula yang mahukan kawasan sub-urban kerana mahukan ketenangan dari kesesakkan namun masih dekat dengan pusat bandar untuk memudahkan urusan seharian. Bergantung kepada keperluan dan perancangan anda dan keluarga untuk jangka panjang. Khusus untuk mereka yang memiliki keluarga yang semakin membesar, kadangkala mereka tidak gusar untuk berulang alik dengan perjalanan yang sedikit jauh demi keselesaan membangunkan keluarga dengan lebih sihat. Selain itu kita juga perlu melihat elemen sama ada ia adalah pemilikan tetap ataupun pegangan pajak. Nilai sesuatu hartanah untuk jangka panjang bergantung kepada status ini.

See also
Inspirasi Cinta Episod 1