Use your ← → (arrow) keys to browse
Sentuhan Mewah Bergaya
Hiasan ini sesuai untuk rumah yang mempunyai ruangan yang luas dan besar. Tidak kisahlah ruang yang berbentuk apa sekalipun tapi kalau ruangnya tampak besar, ia sesuai sekali dihias dengan perabot mewah. Apabila menghias ruang dengan perabot mewah, beri perhatian kepada warna, susunan dan karya seni yang mahu ditonjolkan.
Sedikit tip! Selalunya, hiasan dalam kediaman mewah pasti mempunyai unsur-unsur warna yang gelap dan terang. Anda perlu bijak pandai memadankan dua warna tersebut dalam memilih perabot yang sesuai. Sebagai contoh, jika sofa anda sudah berwarna terang pilih almari berwarna gelap supaya kediaman tampil mewah dan moden.