Use your ← → (arrow) keys to browse
Anda pasti terpegun melihat kreativiti hiasan kediaman negara barat. Dekorasi yang sangat klasik dan ringkas kini digemari ramai langsung menjadikannya inspirasi hiasan dalaman kediaman.
Bukan mudah untuk menyuntik sentuhan ala barat kerana ia memerlukan idea supaya ruang kediaman tampak lebih indah dan tidak terlihat suram dan ketinggalan zaman. Pada masa sama ia mampu menampilkan penggayaan moden. Menghiasi kediaman ala barat memerlukan perbelanjaan yang besar kerana kebiasaanya gaya dekorasi ini sering kali dikaitkan dengan elemen klasik seperti penggunaan warna coklat, lantai kayu dan peralatan kayu lain.