Selebriti Asia Menembusi Pasaran Antarabangsa - Page 3 of 4 - Glam Malaysia

Selebriti Asia Menembusi Pasaran Antarabangsa

Negara serumpun Malaysia dan Indonesia telah melahirkan bakat-bakat besar yang membanggakan. Silih berganti saat filem Crazy Rich Asians ditayangkan, billboard Mile 22 mula naik dipinggir jalan. Kini nama Henry Golding dari Malaysia dan Iko Uwais dari Indonesia mula dikenali dunia.

 

Siapa tidak mengimpikan mahu melebarkan sayap sehingga peringkat Antarabangsa. Setiap ahli seni pasti mahu menggapai bintang namun sayangnya hanya terkandas separuh jalan.

 

Hollywood ternyata mengungguli dunia dalam industri hiburan dan anda yang berjaya menempa nama di situ bakal mengubah hidup lebih terjamin. Industri perfileman atau hiburan yang sentiasa berkembang maju membuka ruang kerjaya yang unggul terutama bagi anda artis daripada Asia Tenggara.

 

Michelle Yeoh satu-satunya pelakon berasal daripada Perak, Malaysia yang dibanggakan. Namun dia menempa nama sebagai pelakon di Hong Kong sebelum melebarkan sayap ke Hollywood.

 

Bukan semua orang bertuah untuk mendapat tempat di peringkat Antarabangsa kerana persaingan yang sengit perlu dilalui. Sementelah sebagai pendatang, memang sukar mencuri hati penerbit dan pengarah serta pihak media di Negara barat itu.

3 of 4

Yuna

 

Yuna dalam persalinan Gucci di dalam konsert baru-baru ini

 

Setelah diterima sebagai penyanyi kesayangan Malaysia, Yuna melebarkan sayap di Hollywood dan menetap di Los Angeles. Popular dengan lagu Dan Sebenarnya, Yuna dilamar ke Hollywood dan mendapat perhatian penyanyi Pharrell Williams. Muncul dengan single ciptaan Pharrell, Live Your Life dan menjadikan judul album di Amerika Syarikat.

 

Memiliki lagu duet bersama Usher, Crush, Yuna pastinya membanggakan Negara. Malah lagu tersebut berjaya tercalon di dalam anugerah BET Centric 2017. Semestinya lebih banyak lagi pencapaian besar bakal dikecapi dan Malaysia pastinya berbangga dengan nama Yuna.