Nikmati Diet Menyelerakan

Nikmati Diet Menyelerakan

 

greek salad

Foto: INGimage

 

Sering berdepan dengan menu yang lazat membuatkan anda kalah dalam membuat pilihan makanan yang harus diambil bukan. Mungkin sukar untuk mengira kalori dalam setiap hidangan yang anda ambil tetapi anda boleh mengurangkan hidangan yang kurang bagus untuk kesihatan dan penjagaan tubuh dengan memilih pemakanan sihat seperti yang GLAM himpunkan dan masih menikmati sesi bersantap dan maintain berat badan ideal itu tanpa perlu mengorbankan selera.

 

water

Air Minum 2 liter air setiap hari, jika inginkan kelainan anda boleh letak lemon, timun, mint, atau buah-buahan untuk menjadikan air tersebut lebih sedap. Selain daripada itu, air juga mampu membolehkan penghadaman anda berfungsi dengan baik dan dapat membantu mencerahkan kulit serta menaikkan tahap energi. Untuk detoksifikasi tambahan di badan mulakan hari anda dengan minum secawan air panas serta setengah biji lemon setiap pagi kerana ia dapat membantu memperbaiki sistem penghadaman.
 
Fruit salad

Sayur & Buah Untuk pembersihan dan detoksifikasi sertakan menu sayur-sayuran dan buahan setiap hari kalau boleh setengah daripada pinggan anda dipenuhi dengan sayuran dan buahan. Ia sangat bagus serta dapat menaikkan metabolisme.

See also
Suitcase Diaries: Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah di Perancis

 
fat

Lemak Sihat Lemak yang sihat dapat membantu menghilangkan toksin dalam badan, menahan anda daripada berasa lapar, meningkatkan mood, dan sistem perncernaan. Antara makanan yang mempunyai lemak yang sihat adalah avocado, walnat, pistachio, kelapa, tahini, mentega kacang dan susu badam, minyak zaitun serta minyak yang berasaskan daripada ikan contohnya salmon, mahi mahi, ikan kembung dan lain-lain.

 
Mortadella slices with red pepper

Daging Pilih satu hari atau lebih dalam seminggu untuk elak makan daging atau apa-apa sumber-sumber yang berunsurkan protein haiwan. Makanlah makanan yang berunsurkan sayuran sebagai menu sepanjang hari adalah lebih bermanfaat.

 
honey

Gula dan Pemanis Pilih lebih banyak pemanis yang berasaskan dari sumber semulajadi seperti maple syrup, madu, agave nectar dan jem segar. Amalkan selama dua minggu anda akan berasa satu anjakan tenaga apabila memberi tumpuan pada buah-buahan segar dan coklat gelap.

 
Club sandwich on rustic wooden background

Waktu Makan & Snek  Jangan sesekali skip meal, cuba untuk makan 3 atau 4 jam untuk mengekalkan dan menaikkan metabolisme anda.