Melati Pagnoux & Isaiah Gregoire Ri’ayatuddin
Melati Pagnoux & Isaiah Gregoire Ri’ayatuddin.
Bicara bersama Melati Pagnoux berkenaan permata hatinya, Isaiah Gregoire Ri’ayatuddin.
“Dia teruja dan yakin pada hari pertama persekolahan. Tiada air mata, hanya memberikan kami satu ciuman dan melambai-lambaikan tangannya mengucapkan selamat tinggal,” ujar Melati Pagnoux membuka bicara mengenai buah hatinya, Isaiah pada hari pertama ke sekolah. Telatah Isaiah ligat kala beraksi di depan lensa. Sikapnya yang suka bermain, bergurau, baik hati dan murah senyuman nyata mencerminkan bagaimana si kecil ini dibesarkan.
Sejak pada usia 18 bulan lagi, Isaiah telah dihantar ke Children’s Discovery House. Mengapa begitu awal? “Isaiah tidak mempunyai adik-beradik jadi saya fikir sekolah adalah tempat terbaik untuk dia bermain dan belajar. Saya percaya pendedahan pada usia awal akan membantunya menguasai kemahiran sosial dan belajar untuk berkongsi. Selain berada di rumah sepanjang hari dengan saya, dia juga dapat bersama kanak-kanak lain dan ahli profesional untuk mempelajari kemahiran asas. Buat sementara ini Isaiah tidak menghadiri mana-mana kelas tambahan yang lain selain hanya aktif di sekolah.
September ini saya akan mendaftarkannya di LFKL (Lycée Francais Kuala Lumpur). Selain menunjukkan minat dengan sukan seni mempertahankan diri seperti taekwondo di sekolah, dia juga gemar membaca dan apa sahaja yang berkaitan dengan abjad atau haiwan. Buku Dr Seuss Sleep pula adalah untuk waktu tidur. Jika ada kelapangan, saya dan suami mengajarnya berenang. Isaiah could swim at the age of two and a half. Now he enjoys swimming and going to lake gardens to ride on his bicycle.”
Berdarah kacukan Melayu-Perancis, Isaiah cukup bertuah kerana diberikan perhatian sepenuhnya oleh ibu dan ayahnya. “Kami bertutur dalam bahasa Inggeris dan Perancis. Bapanya hanya bertutur dalam bahasa Perancis sahaja dan saya selesa bahasa Inggeris dengannya dan bahasa Melayu sekali-sekala.” Sikap Isaiah kala membesar? “Apa yang saya lihat ialah sikapnya yang sangat sukakan cabaran. Dia berani dan tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Sebagai anak tunggal, dia cepat membiasakan diri bermain dan bergaul dengan kanak-kanak lain. Selama mereka bergaul tidak pernah ada yang mengasarinya. Isaiah juga suka bermain dengan anak-anak yang lebih tua seperti sepupunya yang berusia di antara enam hingga 10 tahun.
Begitu juga hubungannya bersama Leila. Mereka seperti kawan baik. They do have their moments when they fight. But Leila takes care of Isaiah. Jika Isaiah dahaga… Leila tidak keberatan mengambilkannya segelas air. Menyentuh soal pemakanan, saya lega kerana Isaiah tidak terlalu cerewet terutamanya mengenai nasi. Beras Jepun dan Korea adalah kegemarannya. Untuk masakan Jepun, nasi yang diambil akan dijamah bersama Teriyaki Codfish atau Salmon Shioyaki dengan Chawan Musi. Masakan Korea pula, semestinya Ox tongue BBQ. Oh ya, begitu juga keju.”
Telatah Isaiah bersama sepupunya, Leila.
Sebagai anak kecil Isaiah ada kalanya meragam, jika itu berlaku? “Saya mempunyai tiga kaedah. Pertama adalah memberi amaran dan mengira sehingga tiga. Jika tidak berfungsi, I give him a time out dengan meletakkan dia di satu sudut dan menghadap dinding selama beberapa minit sahaja kerana dia biasanya akan menangis dan meminta maaf. When it comes to raising a child is to always trust your instincts. You know your child best. Curahkan anak-anak dengan kasih sayang, kegembiraan dan galakan agar mereka mempunyai keyakinan untuk mencapai matlamat. Don’t aim for perfection. Do not pressure your child. Saya tidak mempunyai falsafah dalam membesarkan anak, it’s a mix and match of everything from my family and culture, from my husband’s family and culture. As long as he is kind hearted. Saya gembira dan memberikan yang terbaik untuk dirinya dan mahu membesarkannya sebagai seorang lelaki yang budiman. Insya-Allah.”
Teks: Yusairi Fitri
Penata Gaya: Suzie Adnan
Penyelaras: Nisa’ Halid
Pembantu Penyelaras: Amira Azman
Arahan Seni: Zulkifli Sulaiman
Pembantu Arahan Seni: Zuria Ashura
Gambar: Aaron/Lenswork
Solekan dan Dandanan: Syed Faizal