Use your ← → (arrow) keys to browse
Tiada siapa mengetahui apakah punca sebenar Amber disingkirkan. Setakat ini, beberapa media mendedahkan bahawa dia melanggar klausa kesihatan dalam kontraknya kerana tidak menjaga penampilan fizikal, atau mungkin kerana terlibat dengan penggunaan bahan terlarang.
Kemungkinan juga ia disebabkan oleh imejnya yang telah tercalar di mata umum. Prosiding perceraian yang rumit antara Amber dan Johnny telah memusnahkan kerjaya kedua-dua bintang A-list ini.
Apa jua alasan, peminat mengakui berita ini membuatkan mereka lebih teruja untuk menonton filem Aquaman yang seterusnya. Jika benar Amber disingkirkan daripada projek ini, maka tempatnya harus diisi oleh pelakon yang sama hebat.
Dalam filem ini, Mera merupakan watak romantis di samping peranan utama yang dilakonkan oleh Jason Momoa. Dan bukan mudah untuk tampak sepadan di samping pelakon bertubuh sasa ini, disebabkan itu peminat yakin satu-satunya pelakon yang layak menggantikan tempat Amber adalah Emilia Clarke.
Emilia dan Jason pernah bekerjasama sebelum ini menerusi siri Game of Thrones dan peminat kini sudah tidak sabar untuk melihat gandingan mereka dalam filem seterusnya.