Use your ← → (arrow) keys to browse
Hampir dua tahun lalu netizen membuat petisyen untuk menyingkir Amber Heard daripada membintangi sekuel filem Aquaman 2 sebagai watak Mera.
Ia terjadi setelah tersebar satu rakaman audio di mana Amber Heard mengakui melakukan kekerasan terhadap bekas suaminya, Johnny Depp.
Dan semalam, netizen bersorak gembira apabila mendapat berita bahawa pelakon itu tidak lagi terlibat dalam filem tersebut.
Walaupun belum ada kenyataan rasmi daripada Warner Brothers atau pihak pengurusan Amber, sumber yang boleh dipercayai seperti Yahoo! News melaporkan peranan Amber sebagai Mera sudah sampai ke penghujungnya. Kini namanya kembali trending apabila peminat meraikan berita yang dilihat sebagai kemenangan buat francais itu.