Idea Hadiah Istimewa Hari Bapa - Glam Malaysia

Idea Hadiah Istimewa Hari Bapa

Hari bapa disambut di seluruh dunia untuk mengiktiraf sumbangan dan pengorbanan para bapa untuk kehidupan anak-anak mereka. Sempena hari bapa, pasti ramai yang sedang mencari hadiah yang sesuai untuk ayah tercinta tidak salah sekiranya anda memberikan sedikit kelainan pada hari bapa tahun ini.
 
GLAM menyenaraikan lima idea hadiah istimewa yang bakal memeriahkan lagi sambutan hari bapa.
 
Percutian Hujung MInggu.
 

02E90317

Gambar: INGimage


 
Luangkan masa di hujung minggu bersama bapa anda dengan melakukan aktiviti yang disukainya. Anda dan bapa anda boleh meluangkan masa bersama dengan melakukan aktiviti sukan seperti bermain golf di kelab golf mahupun bermain tenis di kelab sukan.
 
Daddy Spa.
 
03B59713

Gambar: INGimage


 
Bawa bapa anda ke spa selepas seharian penat bekerja. Terdapat banyak spa yang menyediakan servis untuk lelaki seperti Ossoto, Lavish Spa, Thai Odyssey, Hammam, Spa Village, Jojoba Spa dan banyak lagi. Selain dapat meluangkan masa bersama, ia juga dapat membantu bapa anda untuk relaks di hujung minggu.
 
Grooming Session
 
Grooming

Gambar:INGimage


 
Grooming session selalunya dikaitkan dengan wanita. Namun, terdapat juga salon untuk para lelaki. Seperti Truefitt and Hill yang menawarkan servis memotong rambut, cukur, rawatan rambut dan juga trim janggut yang sesuai untuk para bapa dan juga turut menjual aksesori cukur.
 
Baju Raya Dari Pereka Fesyen
 
Clothing rack

Gambar: INGimage


 
Sempena hari raya yang bakal tiba, tidak salah jikalau kita membawa bapa ke butik-butik pereka fesyen terkenal untuk mendapatkan rekaan baju raya terkni. Antara pereka fesyen yang mereka pakaian lelaki ialah Rizalmen, Rizman Ruzaini, Salikin Sidik dan banyak lagi. Serlahkan gaya bapa anda di musim perayaan ini.
 
Road Trip Down Memory Lane
 
Fathers With Sons Unpacking Truck On Camping Holiday

Gambar:INGimage


 
Mungkin idea ini tampak ringkas namun kadangkala dengan menjejaki semula kenangan lama mampu menggamit memori indah. Bawa bapa anda ke tempat-tempat yang pernah dia bawa anda sewaktu anda kecil seperti zoo, taman permainan, muzium, tugu negara atau taman tasik sambil berbual tentang kenangan anda sewaktu kecil ataupun bawa bapa anda ke tempat-tempat yang bersejarah baginya seperti kampung halaman atau sekolah lama dan bertanyakan tentang kisahnya di tempat-tempat tersebut. Ia mungkin tidak tampak mewah namun ia akan membuatkan bapa anda rasa dihargai dengan keperhatinan anda.
 
Hadiah yang sempurna bukan diukur dengan harga semata-mata. Keikhlasan dan kasih sayang perlu diambil kira. Pengorbanan dan kasih sayang seorang bapa tiada nilainya. GLAM mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua kaum bapa di Malaysia.

See also
Pereka Fesyen Lokal Moto Guo Tercalon Peringkat Separuh Akhir LVMH Prize