Yang terakhir daripada Datuk Rizalman Kesuma Jiwa

Yang Terakhir Daripada Datuk Rizalman

Breathtaking, amazing, menusuk kalbu dan tergempar. Itulah bait kata yang mampu GLAM gambarkan untuk persembahan Kesuma Jiwa yang berlangsung semalam di Istana Budaya. Jiwa 2020, merupakan hasil kolabrasi di antara pereka fesyen terhebat tanah air, Datuk Rizalman Ibrahim dan Zalora.

Memartabatkan seni budaya melayu melalui fesyen dan lagu, itulah yang cuba diangkat oleh pereka Datuk Rizalman Ibrahim. Mempersembahkan helaian-helaian yang bercirikan budaya Melayu klasik, ia turut diserikan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian oleh Dayang Nurfaizah sebagai wajah koleksi 2020 dan menampilkan Hael Husaini, Sherry Alhadad dan Datuk Syafinaz Selamat sebagai konduktor muzik bagi koir.

Persembahan pembukaan dimulakan dengan koleksi terakhirnya sebagai pereka fesyen hasil kerjasama dengan gedung talian, Zalora. Konsert itu dianggap terjemahan eratnya silaturahim bersama semua pengikutnya. Fokal acara berpaksi pada Datuk Rizalman sendiri. Dengan spotlight yang dihalakan tepat kepadanya, mata hadirin terkunci kemas, masing-masing berteka-teki dengan apa yang akan diumumkan oleh pereka tersohor ini.

See also
10 Soalan Bersama Susan Lankester

Nah, kejutan! Datuk Rizalman mengumumkan mengundurkan diri dari dunia fesyen selepas 30 tahun membina jenamanya.

https://www.instagram.com/p/B8zN6rZJj14/?utm_source=ig_web_copy_link

“Saya minta izin mengundurkan diri dari arena fesyen. Saya menyerahkan tanggungjawab kepada pembantu, Faizul Surani. Faizul sudah 15 tahun bersama saya. Keputusan ini dibuat sejak tahun lalu. Saya sudah lama berkecimpung dalam dunia fesyen. Selepas ini saya boleh fokus kepada cabang lain termasuk hiasan dalaman, kosmetik dan kecantikan.”

 

Konsert itu dianggap terjemahan eratnya silaturrahim bersama semua pengikutnya dan Datuk Rizalman sempat berseloroh. “Saya tukang jahit sahaja. Konsert ini juga tanda persahabatan saya dengan Dayang sejak 20 tahun lalu.”

https://www.instagram.com/p/B8sNjHGpxf3/?utm_source=ig_web_copy_link

Dayang juga berkata, dia menghormati keputusan teman baiknya itu. “Semestinya saya tertanya kenapa keputusan ini dibuat. Tetapi, apabila dilihat jauh, saya memahaminya. Pembabitan konsert malam ini juga menjadi momen manis buat saya dan Rizalman. Susah cari sahabat yang sanggup anjur konsert untuk teman baiknya,” Dayang mendendangkan lagu malar segar yang diberi nafas baharu mengikut penyampaian tersendiri. Antara lagu yang dipersembahkan adalah Kesuma Jiwa, Bisikan Hati, Laksamana Raja Di Laut dan Tari Tualang Tiga, Di Pintu Syurga yang diberi lenggok asli dan banyak lagi.

See also
Pelancaran Dior La Collection Privee

Konsert itu disaksikan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Turut dihadiri oleh rakan-rakan artis seperti Ziana Zain, Nora, komposer Ajai dan Izara Aishah dan ramai lagi.