GLAM Expose: Datin And Her Entourage

GLAM Expose: Datin And Her Entourage

datin expose okt 2015
 
Teks: Tengku Ashley Hassan
 
Siapa pula entourage ini? Mereka adalah individu di belakang tabir yang bertanggungjawab untuk menata gaya pelanggan mengikut kehendak pelanggan. Biasanya pelanggan akan diiringi jurusolek peribadi, jurudandan, penghias kuku, penata gaya, pembantu peribadi, publisis, jurugambar, juruvideo, pegawai keselamatan dan butler ke mana sahaja mereka bergerak (ke luar daerah atau luar negara menghadiri acara rasmi dan tidak rasmi) Bukan semua layak bekerja sebagai entourage.
 
Mereka ini mestilah pakar dalam bidang masing-masing dan paling penting punya chemistry dengan pelanggan. Kerana itu khidmat mereka sentiasa diperlukan pelanggan sekiranya ada keserasian. If you don’t meet their expectations, it will be your first and last time working with them. Ada juga entourage yang terdiri sebagai ‘paid friends’ teman yang akan menemani mereka apabila diupah untuk saja berbual dan hilangkan rasa sunyi. Paid friends also work as entertainers. Mereka bisa menebarkan rasa bahagia pada pelanggan apabila bersembang bersama. Tips penting untuk kekal sebagai pengiring ialah harus berhati-hati dengan percakapan. Jangan menjerat diri dengan berkata buruk mengenai mereka.
 
Golongan artis pun apa kurangnya, they say, the size of a pop star’s entourage is determined by every hit record he/she releases. Selebriti dan artis perlukan pasukan entourage daripada gaya orang biasa kepada transformasi mega untuk menghasilkan kemilau sang bintang di atas pentas. Imej seseorang selebriti adalah amat penting dan tidak sekali pun boleh dipandang enteng. Neelofa antara contoh selebriti yang amat menitikberatkan soal penampilan dan tidak kisah untuk berhabis duit. Dia punya penata gaya peribadinya, penata gaya tudung peribadi, pembantu peribadi, pemandu peribadinya juga pengurusnya. Semua itu dilaburkan untuk kesenangan diri dan tampil hebat sentiasa. Bukan hanya semata-mata di kaca televisyen.
 
Entourage atau sebutan sebenar ‘on-too-razh’ bukanlah suatu perkara baru di Malaysia. Saya percaya tercetusnya budaya ini adalah dari sistem Diraja. Kerabat Diraja seperti Agung, Permaisuri Agung, Sultan, Sultanah sentiasa dikelilingi entourage bagi membantu mereka bersiap juga beri pelindungan pada mereka saban hari. Inilah yang dinamakan the royal treatment. Perkataan entourage berasal daripada bahasa Perancis, yakni ‘entourer’ membawa maksud to surround. Sementara menurut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat pula istilah entourage dicatatkan sebagai ‘rombongan pengiring’ khususnya untuk orang penting (VVIP).
 
RUTIN MEWAH
Bertuah badan bagi sesiapa yang ‘mampu’ memiliki pengiring. Menyelusuri gaya hidup mewah. Serba serbi ‘dipermudahkan’ dan layanan first class diberi. Hari ini kita tidak perlu ada pertalian royal blood, kuncinya poket haruslah handsome. It’s the current trend bagi kelompok sosialit di Malaysia memiliki entourage. Ia umpama versi epitom baru wanita kota metropolitan. Ke mana jua mereka pergi, senantiasa dikelilingi pengiring. You know you’ve really made it when your entourage won’t fit into one limo. Teringat saya pada satu kisah kerabat yang satu ini. Sedang seronok menikmati pemandangan Eiffel Tower, Paris, si teman kata teringin mahu minum petang di Florence, Itali. Satu jam kemudian jet peribadi milik kerabat ini pun mendarat di tanah Florence! Lagi cerita, tiga sekawan sosialit di Kuala Lumpur diterbangkan dengan helikopter peribadi gara-gara mengidam makan asam pedas di Melaka!
 
Memang jadi rutin kita bangun pagi setiap hari ke tempat kerja, mereka pula celik saja mata ‘bekerja’ di laman sesawang Net-a-Porter. Teliti mata memilih baju label pereka yang terbaru untuk dibeli. Ada satu kisah, Datin ini mahu seluar edisi terhad Balmain dan nasibnya tidak baik kerana stok di Milan sudah habis. Bermulalah misi khas mencarinya. Pembantu peribadinya akan telefon setiap butik waima ke Balmain New York, Balmain Paris, Balmain London sehingga dapat seluar itu. No matter how impossible, when it comes to fashion, she will get exactly what she wants. Mereka ini biasanya ada chef khas yang arif masakan kegemaran, pembantu rumah paling kurang dua orang, tukang kebun, pemandu peribadi, doktor peribadi, personal trainer, khidmat spa peribadi, pengasuh untuk setiap anak, juga governor untuk memantau pembelajaran anak-anak.
 
Kehidupan seharian datin-datin atau ladies of leisure ini adalah bertunjangkan obsesi pada dunia fesyen dan kecantikan. Mereka menyenangi cahaya gemerlapan lensa kamera, mahu beri impak siren, dahagakan perhatian. Oh yes! They love attention! Tanpa entourage, mustahil untuk kita tampil anggun dan glamor 24 jam. Itu semua memerlukan TENAGA, belum kira lagi tugasan harian kita yang perlu diselenggarakan. These Datin are effortlessly fabulous. Hanya serahkan diri pada yang pakar, and all eyes on her. Seminggu menghadiri Minggu Fesyen Paris kemudiannya ke Hong Kong untuk menghadiri majlis hari jadi teman baiknya dan esok pula ke Maldives untuk percutian bersama keluarga. Non-stop glamorous travel! Teringat saya pada potongan ayat oleh Datin Nurul Moiz, wajah GLAM isu Oktober 2001, “I can’t live without my entourage…” Alahai, sungguh saya idamkan hidup bertemankan entourange. All I want is to be glammed up!
 
MURAH ATAU PEMURAH
Selepas beberapa hari menjadi ‘detektif’, saya menerima beberapa informasi. Pastinya ramai yang tertanya-tanya berapakah bayaran yang diterima para pengiring ini? My extreme curiosity akhirnya mendapat jawapan. Ia bergantung pada pakej yang diberi. Jika untuk satu hari paling minimum upah untuk seorang yang dibayar lebih kurang RM1000. Pun begitu bukan semua dibayar dengan kadar yang sama, ada yang mendapat lebih. Jika sebulan tempahannya, gaji dibayar dalam anggaran RM25000 seorang itu tidak termasuk elaun dan duit untuk shopping.
 
Lazimnya paling lama ia mengambil masa tiga ke-empat bulan. Ini belum termasuk kos penerbangan, tempat tinggal sekiranya mereka harus diterbangkan ke luar negara. Ladies of leisure ini juga sangat permurah. Pelayan restoran, pelayan kelab malam, pengiring di lapangan terbang, masing-masing akan mendapat tips. Saya diberitahu jika di London, ada datin yang memberi tip 100 hingga 200 pound pada pelayan restoran. Alahai untungnya! Berapa lama pula datin atau sosialit ini bersiap? Berapa lama mereka bersiap bergantung kepada keadaan. Jika mereka mahu sepantas setengah jam, para pengiring will work their magic. Paling lama biasanya mengambil masa empat ke lima jam.
 
EMPAYAR INSTAGRAM
Satu topik yang saya kira menarik untuk dikupaskan di sini. Nama pun orang biasa, jadi apabila mahu gambar #ootd minta saja teman kita untuk tangkapkan gambar. Si kawan itulah yang menjadi pengarah seni dan penata gaya. Kalau berjaya gambar itu dapatlah banyak likers. Terima kasih kepada medium media sosial terutama Instagram. This is where they market themselves. Pasti ada saja mata mata cemburu yang mengikuti rentak kehidupan melalui gambar dan video di Instagram. Di sebalik tabir untuk sebuah gambar adalah hasil titik peluh khidmat entourage. Mereka memerlukan glam squad untuk muatnaik gambar. How much does it cost for a single picture of their #ootd? Bayaran buat tenaga pekerja sahaja sudah mencecah ribuan ringgit. Belum lagi persalinan mewah label pereka, kaca mata, kasut dan tas tangan! Not many can afford this luxury.
 
KISAH BENAR
Ingin saya berkongsi mengenai pengalaman peribadi saya sendiri, menjadi salah seorang entourage VVIP. Ternyata ia satu pengalaman ‘mewah’ buat diri ini. Bagaikan mimpi… I had the chance to experience this so-called royal treatment! Tiba saja di pintu masuk lapangan terbang terus kami diiring pegawai MAS ke VIP lounge. Duduk di kerusi kelas pertama pastinya tidak perlu khuatir lama terkandas di dalam pesawat dek kerana harus beratur panjang menunggu giliran turun pesawat. Sebaik sahaja pesawat mendarat di lapangan terbang Heathrow, London, ketua pramugara memberi ‘lesen’ untuk kami menjadi orang pertama untuk turun daripada pesawat daripada penumpang kelas pertama yang lain. Begitu sekali layanan yang diterima.
 
Wish list saya untuk menginap di salah satu hotel mewah dunia menjadi realiti. Hotel Bulgari, London, menjadi ‘rumah’ kami selama dua minggu. Sarapan pagi setiap hari wajib di Harrods dan dikuti agenda shopping yang berlanjutan seharian. Ada pekerja khas yang ditugaskan untuk memikul kesemua paper bag hasil belian Datin. Jujur saya kata dua orang pekerja yang menjinjing beg kertas label pereka ini pun sesak nafas tidak cukup tangan. Selesai ‘berburu’ di London, kami terbang ke Paris pula. Di Paris, Datin ini dikenali sebaik melangkah saja ke rumah fesyen tersohor dunia seperti di Chanel, Dior, Louis Vuitton, Fendi, and the list goes on.
 
Ini bukan rekaan semata, terjadi di depan mata saya. Semua pengurus butik sepertikan ‘sembah ratu’ pada Datin. Pelanggan ‘mat salleh’ yang lain terus diabaikan. Semua berlumba-lumba mahu berikan khidmat pada Datin saya ini yang seleranya hanya dambakan limited edition saja. Almaklum ‘tips’ yang diberi sangat lumayan. Masih saya ingat sewaktu di butik Hermes di sana. Pengurus butik menyediakan Birkin edisi terhad buat Datin. Katanya, he reserved the bag especially for her. Apa lagi Datin ni menjerit seronoklah!  Harganya biarlah rahsia. The rest as they say is history. Saya telan air liur untuk ke 40 kali mungkin. Ah! Betapa saya tidak boleh melupakan pertama kali merasai hidup bersulamkan layanan kelas pertama. Gila! Entourage is the new luxury lifestyle. 
 
 

See also
Daphne Iking: Part-time Celebrity, Full-time Supermom!