Selami Khazanah Alam Semula Jadi Negara

Selami Khazanah Alam Semula Jadi Negara

Oleh: Amira Azman
 
Ramai rakyat tempatan memilih luar negara sebagai destinasi pilihan, sedangkan di negara sendiri sahaja sudah punya ratusan lokasi menarik yang boleh dikunjungi. Sebutkan sahaja, mahu tersadai di pantai, menyaksikan monumen bersejarah, mendambakan percutian berangin sejuk, mahu menikmati keindahan semula jadi, semuanya boleh didapati di negara ini, GLAM mengajak anda back to nature menyelami kehidupan khazanah alam semulajadi milik negara yang sudah berusia berabad tahun lamanya.
 

[soliloquy id=”40813″]

 
Rahsia Keindahan Bandar Sungai Lembing
Terletak di hulu Sungai Lembing, kira-kira 42km dari bandar Kuantan ini bakal membuatkan anda terpegun kala menjejaki Gunung Tapis di sini. Sesampai di puncak gunung ini, anda dapat saksikan lautan awan putih yang memenuhi pandangan kawasan tanah pamah disitu. Mempunyai ketinggian 4,957 kaki, gunung ini adalah gunung ke-18 tertinggi di Semenanjung Malaysia. Jika mendaki pada hari yang cerah, panorama Gunung Tahan juga boleh dilihat dari atas puncak gunung ini.
 
Sekalian di Sungai Lembing, jangan sesekali lepaskan peluang untuk menikmati keindahan Air Terjun Pelangi. Terletak berhampiran  Gunung Tapis ini, disarankan kepada para pengunjung untuk datang datang pada sebelah pagi supaya tidak terlepas menyaksikan keajaiban pelangi yang muncul di sekitar matahari terbit sehinggalah jam 11 pagi. Bak kata orang dahulu kala, untuk menikmati sesuatu yang indah bukanlah sesuatu yang senang, hanya dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda yang mampu menembusi lecak, kawasan berair dan kawasan tanah tidak rata di sini dan kemudiannya meredah kawasan hutan sahaja barulah anda ditemukan dengan lokasi air terjun ini.
 

See also
Trend: Button Front Skirt

[soliloquy id="40818"]

Gambar: The Dusun

 
Bermalam Jauh Dari Hiruk Pikuk Kota
Mahukan percutian lain daripada yang lain, yang jauh dari kota sambil menikmati hijau alam tatkala bangun pagi dan pemandangan indah menjadi pandangan pertama saat mata dibuka? The Dusun, adalah lokasi yang paling sesuai untuk membawa keluarga. Pasti anda membayangi lokasi seperti ini bakal membosankan, namun jika anda mahukan kelainan, disinilah tempatnya.
 
Mengambil masa satu jam lebih dari kota Kuala Lumpur, lokasi rumah peranginan ini bertempat di Seremban. Terdapat lima buah rumah yang berbeza boleh didiami di sini yang mana kesemuanya mempunyai tarikan yang tersendiri. Selain itu, aktiviti menarik yang boleh dilakukan adalah seperti  jungle trekking ke air terjun, berkunjung ke kampung berdekatan, memancing dan aktiviti bird discovery walk.
 

[soliloquy id=”40781″]

Gambar: The Chateau

 
Sesi Spa Berunsur Organik
Jika mahu angin yang sedikit lain, The Chateau Spa and Organic Wellness Resort, Bukit Tinggi di Pahang antara lokasi yang boleh anda kunjung. Hotel yang tersergam indah ini memilih spa dan organik sebagai tarikan utamanya disini. Berkedudukan di tanah tinggi dan merupakan kawasan peranginan sejuk ini bukan sahaja menyediakan perkhidmatan hotel lima bintangnya, malah banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan. Antaranya, di Adventure Park, anda boleh mencuba aktiviti flying fox, canopy walk dan juga rock climbing.
 
Keutamaan hotel ini adalah segalanya berkaitan kesihatan dan keselesaan. Pelbagai khidmat rangkaian spa mewah yang menarik boleh dicuba di sini. Mempunyai 200 buah bilik yang disediakan oleh hotel ini daripada deluxe rooms sehinggalah ke spa suites, kesemuanya direka mewah serta selesa buat para tetamu yang berkunjung. Di sini juga para tetamu dijamu dengan pilihan produk organik yang terbaik seperti produk spa Voya, tuala organik dan pelbagai lagi. Selain daripada itu, terdapat taman botani serta ladang organik yang boleh anda kunjungi disini.
 

See also
Dasha Logan Anak Gadis Vokalis Alleycats

[soliloquy id="40786"]

 
Pengembaraan Taman Negara, Pahang
Ia merupakan hutan yang terkawal dan dijaga rapi khazanahnya di negara ini. Menarik tentang Taman Negara, ia sebagai antara hutan hujan tropika yang tertua di dunia saat diimbas kembali tentang kewujudannya yang sudah mencecah hampir 130 juta tahun yang lalu. Pelbagai alternatif kemudahan  pengangkutan yang boleh anda ambil jika mahu ke Taman Negara Pahang ini. Sama ada mahu menaiki bot, kereta api, bas ataupun dengan membawa kereta.
 
Taman Negara terkenal dengan laluan treknya di sekitar kawasan itu. Namun yang memberi perbezaan treknya dengan kawasan taman Negara lain yang terdapat di Malaysia ialah ia mempunyai pelbagai trek pengembaraan yang sesuai mengikut kebolehan fizikal pengunjung. Untuk pengembaraan yang lebih ringan, daki Bukit Teresek dan nikmati laluan jambatan gantung di situ. Yang mahukan pengembaraan lebih mencabar, laluan trek seperti Trenggan, Keniam, Perkai dan Tenor lebih sesuai buat anda yang inginkan pengembaraan yang lebih lama dan mampu berjalan jauh kerana masa perjalanan dianggarkan mengambil masa beberapa hari.
 

See also
Retorik: You Can’t Sit With Us

[soliloquy id="40801"]

 
Kehidupan Laut Di Taman Negara Tunku Abdul Rahman
Jika disebut tentang Sabah, pasti lautan biru indah yang bermain di fikiran. Sudah tentu, terumbu karang negeri ini adalah yang paling terkenal dalam kalangan pencinta marin, malah ia telah dijaga rapi sehingga kini menjadi antara lokasi penting buat para penyelidik seluruh dunia. Taman Negara Sabah ini dibahagikan kepada lima buah pulau yang cantik dan dikelilingi lautan biru indah iaitu Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Sulung dan Pulau Mamutik.
 
Jangan lepaskan peluang untuk ke Pulau Gaya. Di sini, terumbu karang terbaik boleh dijumpai selain ia juga merupakan pulau terbesar antara lima buah pulau lain milik taman marin ini. Perjalanan untuk ke pulau ini pula hanya mengambil masa 20 minit dengan menaiki bot dari bandar Kota Kinabalu.
 

[soliloquy id="40808"]

 
Kenali Budaya Masyarakat Dengan Berbasikal
Bike Borneo, Sabah membawa anda menyelongkar lebih dekat keindahan pulau ini akan membawa anda meneroka Borneo yang amat terkenal dengan hutan liarnya, budaya komuniti masyarakat tempatan serta pelbagai lagi.
 
Pelbagai pakej pilihan sesuai buat setiap peringkat umur mahu ikut serta dalam pengembaraan ini. Mereka menyediakan pakej berbasikal daripada aktiviti sehari sehinggalah ke pakej yang mengambil masa tiga hari perjalanan. Ia pasti sesuatu yang mencabar dan menyeronokkan. Mereka turut mengehadkan dengan hanya mengambil enam orang untuk setiap satu sesi pada satu masa.