Use your ← → (arrow) keys to browse
Gambar: TPGimage
Madonna
Selebriti ini sememangnya terkenal dengan dek kerana kerenahnya yang cukup fussy dan demanding. Ke mana sahaja dia pergi, sepasukan entourage akan sentiasa mengiringinya; daripada jurudandan hingga ke chef peribadi semata-mata untuk memastikan diet mikrobiotiknya berjalan lancar. Ketika berkunjung ke Jerman pada Feb 2011, dia mengarahkan agar setiap kelengkapan dalam suite penginapannya di Soho Hotel, Berlin diganti baru. Demi memenuhi permintaan Madonna, maka semuanya ditukar-kamar, kemasan dinding dan lampu. Menurut sumber terdekat Madonna, artis ini tidak akan tidur di katil yang pernah ditiduri orang lain.