Use your ← → (arrow) keys to browse
Gambar: TPGimage
Vera Wang
Mengembara termasuk dalam portfolio most sought after bridal designer ini. Menggemari Paris sebagai rumah keduanya, Venice sebagai destinasi santapan hebat dan merehatkan diri, manakala Kota London untuk berjumpa rakan taulan dan shopping heaven buatnya. Tak ubah seperti ayahnya, Cheng Ching Wang yang juga seorang jutawan minyak dan farmaseutikal, maka tidak asinglah hidup ala jet set bagi Wang. Sejak kecil lagi, dia dan ibunya telah menghadiri fashion show di atelier-atelier ternama seperti Christian Dior, Givenchy dan Balenciaga.