Use your ← → (arrow) keys to browse
Gambar: Arkib GLAM
Diane Von Furstenberg
Pereka kelahiran Belgium ini bukan sahaja ligat di persada fesyen antarabangsa tetapi juga masih aktif dalam kehidupan peribadinya. Daripada berjalan kaki sekitar lorong di Moscow, Rusia, hingga mendaki kepulauan Fernando de Noronha, Brazil, pereka senior ini mendapat inspirasi untuk koleksi ready-to-wear daripada lokasi-lokasi eksotik kembaranya. Tidak hairanlah helaian-helaian rekaan Furstenberg cukup praktikal dan versatil, refleksi seorang jetsetter.