Jika ada seorang selebriti di Malaysia yang telah membuktikan dirinya sebagai ikon fesyen yang berkekalan, ia adalah Yunalis Mat Zara’ai. Kekuatan Yuna dalam fesyen adalah komitmennya terhadap berpakaian dan penggayaan. Sudah tentu, gaya ikoniknya yakni gaya turban yang dipakainya akan sentiasa menjadi sebahagian daripada penampilannya dan sudah terkenal di persada dunia.