Bukan sahaja mempunyai rupa paras yang cantik, gaya fesyen Hannah Delisha juga sangat menarik perhatian. Walaupun berhijab, Hannah tetap mempunyai cita rasa yang tinggi dalam berfesyen. Antara jenama fesyen kegemarannya termasuklah Valentino Garavani, Jimmy Choo, Coco Chanel, Domenico Dolce dan banyak lagi. Sentiasa bereksperimen dengan gaya, Hannah juga tidak gentar mengenakan dress haute couture yang berona terang dan statement.