Penghijrahan Anzalna menggembirakan ramai pihak terutama peminat yang selama ini menjadi tulang belakang kepada kerjaya seni artis kesayangan mereka ini. Walau sudah berhijab, ia bukan penghalang buat Anzalna untuk terus bergaya. Pada GLAM, berhijab atau tidak, Anzlana tetap menyerlah! Pakaiannya yang tidak menjolok mata juga menjadikan inspirasi kepada wanita Malayisa dan peminat setianya. Penggayaan hijab yang versatil membuat peminatnya sering ternanti-nanti akan kemunculannya yang akan datang!