Ummi Nazeera kini sedang hangat dengan drama bersirinya, Risik Pada Hati. Selalu terlihat menghadiri pelbagai acara fesyen bersama abangnya, Nazreem Musa. Kemunculannya dengan pelbagai outfit menarik perhatian ramai. Sememangnya seorang selebriti yang bijak padu padan gaya, pelakon ini juga tidak lupa melengkapi gaya dengan pelbagai aksesori kepada penampilan hariannya.