Siapa yang tidak mengenali penyanyi dari kumpulan De Fam ini. Mesra dipanggil sebagai Cik Manggis gemar bergaya ringkas tetapi stylish! Cik Manggis gemar mengenakan pakaian oversized dan pernah berkongsi prinsip walaupun wanita kecil molek, mereka tidak perlu takut untuk menggayakan apa jenis pakaian kerana yang paling penting adalah kita merasa selesa dan yakin. Cik Manggis juga sangat bijak menggabungkan pelbagai corak dan cetakan dalam satu gaya!