Kehadiran bulan Ramadan membuka hati pelakon Mawar Rashid untuk memakai hijab. Imej Mawar Rashid lengkap bertudung mendapat pujian ramai peminatnya kerana penampilannya yang santai serta sporty sangat sesuai untuk pemakaian harian wanita di Malaysia. Walaupun kini berhijab, Mawar sering berkongsi foto dan video fesyen stylish di laman instagramnya.