Louis Vuitton × Murakami Pop-Up Dimeriahkan Kehadiran Selebriti, Pempengaruh Malaysia

Selebriti, Pempengaruh Malaysia Meriahkan Acara Louis Vuitton x Murakami Pop-Up

Louis Vuitton dengan bangganya melancarkan pop-up Louis Vuitton × Murakami di Singapura dan satu-satunya diadakan di Asia Tenggara.

Acara ini diadakan dari 4 Januari hingga 19 Januari 2025 di 72 Joo Chiat Place, Singapura, untuk meraikan koleksi edisi semula antara Louis Vuitton dan Takashi Murakami. Pop-up ini adalah satu-satunya yang diadakan di Asia Tenggara, sementara enam bandar lain di seluruh dunia seperti London, Milan, New York, Seoul, Shanghai, dan Tokyo juga akan turut mengadakan acara yang sama.

Tetamu memeriahkan Louis Vuitton x Murakami

Selebriti dan pempengaruh terkenal Malaysia turut hadir memeriahkan acara ini. Kehadiran mereka bukan sahaja memeriahkan majlis ini malah menunjukkan betapa pentingnya kolaborasi ini, di peringkat antarabangsa dan di rantau Asia Tenggara, khususnya di Malaysia. Mereka yang hadir antaranya:

Alicia Amin

Alvin Chong

Jack Goh

Eyka Farhana & Akhyar Rashid

Angel Dolla

Juwei Teoh

Ameera Khan

Pop-up ini menawarkan pengalaman unik dengan empat zon utama: Retail Space, Cinema, Care Station, dan Café.

See also
LUSH Malaysia Anjur Program Penuh Makna Bersama Club Med Bintan

#1- Retail Space
Pengunjung boleh melihat koleksi terbaru Louis Vuitton × Murakami, termasuk Monogram Multicolore, Superflat Panda, dan Superflat Garden. Terdapat juga IV x TM Superflat Panda Card Holder eksklusif hanya untuk Singapura. Pembeli akan menerima token istimewa untuk bermain mesin layan diri dan berpeluang memenangi hadiah edisi terhad seperti pelekat, Tamagotchi, dan kad dagangan.

#2- Cinema
Dua filem animasi ikonik oleh Takashi Murakami, Superflat Monogram Film dan Superflat First Love Film, dipaparkan di ruang pawagam. Filem ini mengisahkan pengembaraan watak Aya dengan Panda, yang membawa mereka ke dalam dunia Monogram Multicolore dan Paris.

#3- Care Station
Untuk menjaga kelestarian produk, terdapat Care Station di mana pelanggan boleh mendapatkan servis pembaikan produk Louis Vuitton × Murakami dari koleksi asal. Pembaikan dilakukan oleh artisan Louis Vuitton di tempat.

#4- Café
Di kafe yang dihiasi bantal bunga Murakami, pengunjung boleh menikmati minuman seperti kopi latte atau limau nipis dalam cawan biodegradable khas. Setiap pembelian minuman akan disertakan dengan biskut percuma yang direka dengan motif bunga senyum ikonik.

See also
Timeless Elegance Bersama Giorgio Armani Musim Panas 2024

Pop-up Louis Vuitton × Murakami di Singapura menawarkan lebih daripada sekadar koleksi fesyen. Ia adalah satu pengalaman seni yang menggabungkan elemen budaya, fesyen, dan teknologi. Koleksi edisi semula ini pasti menarik perhatian peminat Louis Vuitton dan Takashi Murakami di seluruh dunia.

Artikel Berkaitan: Terokai Koleksi Edisi Semula Louis Vuitton x Takashi Murakami Yang Eksklusif