3 Cara Mudah Untuk Anda Kurangkan Penggunaan Air Secara Harian - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
penggunaan air

3 Cara Mudah Untuk Anda Kurangkan Penggunaan Air Secara Harian

Air merupakan sumber penting dalam kehidupan kita. Hidup tanpa penggunaan air boleh membuatkan diri jadi tidak keruan. Bayangkan bagaimana mereka yang diduga hidup tanpa air ini. Kita pula asyik membazir dan langsung tidak bersyukur dengan nikmat yang diberi.

Selain daripada udara, air juga amat penting dalam aspek kehidupan. Sesungguhnya air harus digunakan secara berhemah kerana jika tidak diamalkan dengan bijak, kebarangkalian untuk kehilangan sumber air amat tinggi di masa hadapan. Kasihanilah pada generasi kita yang bakal menginap di bumi ini satu hari nanti. 

Jika beberapa tahun sebelum ini, mungkin kesedaran terhadap budaya gaya hidup hijau ini tidak lagi diamalkan secara menyeluruh oleh semua penduduk di Malaysia. Namun, hari ini boleh terlihat, semakin ramai yang prihatin terhadap amalan budaya sebegini. 

Mungkin kerana daripada tahun ke tahun berikutnya, semakin banyak jenama lokal dan global yang mengutarakan isu ini secara serius. Baik daripada segi aspek fesyen, kecantikan juga gaya hidup, boleh dilihat ketekunan jenama-jenama ini menyuntik budaya ini di dalam produk mereka. 

Kami tahu, bukan mudah untuk terus berubah secara mendadak dalam mengamalkan gaya hidup baharu. Mungkin ada boleh mulakan secara perlahan-lahan. Ayuh kita mulakan dengan amalan yang paling mudah namun penting untuk digunakan setiap hari. Ya, betul, jawapannya adalah air!

Panduan Amalan Gaya Hidup Hijau Bermula dari Air!

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

#3  Penting! Periksa mangkuk tandas anda

Ini cara terbaik untuk anda memeriksa jika mangkuk tandas anda bocor ataupun tidak: Letakkan beberapa titik pewarna makanan di dalam tangki simpanan air mangkuk tandas anda. Jika warna mula kelihatan di dalam mangkuk (tanpa ada flush), itu bermakna terdapat kebocoran. Ingat kebocoran sebegini boleh mengakibatkan pembaziran air hampir 100 gelen setiap hari. 

 

Pautan Berkaitan: Serum Air Aesop Sesuai Untuk Kulit Asia