Sembang Cantik Bersama Afifah Nasir
Umum mengetahui Afifah Nasir telah sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Syed Hariz, dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan Afifah yang berlangsung dengan penuh bermakna itu telah diadakan di The St. Regis Kuala Lumpur. GLAM berpeluang untuk menemu bual ketika Afifah sedang bersiap untuk majlis pernikahannya.
Afifah Nasir, yang terkenal dengan bakatnya dalam bidang lakonan, merupakan seorang yang tidak asing lagi dalam dunia seni hiburan. Afifah bukan sahaja mempunyai kebolehan luar biasa dalam menghayati watak-watak yang dimainkannya, malah Afifah juga telah menunjukkan kebolehan sebagai seorang model yang anggun dan berbakat.
Dengan penampilan yang anggun, Afifah Nasir tampil mempesona dengan gaya persalinan serba putih, menyarung busana gaun yang direka oleh pereka fesyen terkenal dari Lubnan, Zuhair Murad. Dalam persalinan mewah itu, Afifah telah menonjolkan kecantikan semulajadi dan keanggunannya.
Bagi juita jelita ini, rutin kecantikan sudah semestinya sangat penting. Afifah tidak hanya berusaha untuk mengekalkan penampilan yang menawan, tetapi juga memahami bahawa kecantikan sejati datang dari penjagaan yang berterusan. Dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan senaman serta menggunakan produk yang berkualiti, Afifah memastikan bahawa keanggunan semulajadi beliau sentiasa bersinar.
Rutin Cantik Bersama Afifah Nasir
Ikuti temubual eksklusif GLAM bersama Afifah Nasir, membongkar rahsia rutin kecantikan beliau yang pastinya ramai ingin tahu.
1. Apakah rutin penjagaan wajah anda?
Saya sering melakukan urutan gua sha dan meletakkan ais di atas muka setiap hari.

2. Apakah rahsia anda untuk mengekalkan rambut yang sihat dan bersinar?
Untuk mengekalkan rambut yang sihat, saya sering melakukan rawatan rambut dan menggunakan produk yang sesuai. Untuk penjagaan rambut, saya menggunakan produk anzelhair.
3. Apakah dua peraturan cantik yang anda ikuti?
Saya akan memastikan untuk meminum air secukupnya dan mengamalkan pemakanan yang sihat.

4. Apakah jenis wangian yang anda gunakan untuk majlis pernikahan ini?
Untuk majlis pernikahan ini, saya menggunakan wangian Penhaligon’s.
5. Apakah tempat kegemaran anda untuk memanjakan diri?
Saya gemar merehatkan diri di pusat rawatan kecantikan Body Perfect.
Zahirah Zulkhairi
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandungan yang dihasilkan menyelami dunia kecantikan dengan pendekatan yang segar dan dekat dengan pembaca.

