GBC Meneroka Alat Solek Terbaik Daripada Huda Beauty
Berita gembira buat penggemar kecantikan! Label terkenal Huda Beauty kini mengadakan pembukaan serta karnival mini di SEIBU, The Exchange TRX. GBC kongsikan produk kecantikan terkini daripada Huda Beauty untuk anda selami dan kekal cantik.
Huda Beauty telah melancarkan pembukaan secara besar-besaran di SEIBU, The Exchange TRX. Sudah pasti, peminat jenama ini pasti akan berasa teruja dengan kehadirannya! Turut diperlihatkan Karnival #PinkVsPeach sebagai taman permainan kecantikan yang glamor, di mana ianya bakal berlangsung sehingga 9 Jun 2024 ini. GLAM Beauty Club berkesempatan untuk meninjau lalu berkongsikan tentang apa yang menarik serta produk-produk terkini oleh Huda Beauty.
Ikuti GBC Tinjau Antara Produk Kecantikan Daripada Huda Beauty.
1. Easy Bake Loose Baking Powder & Setting Powder

Merupakan bedak tabur yang halus dan mudah digunakan, di mana ia mampu mengekalkan solekan sepanjang hari untuk kemasan yang semula jadi! Loose powder ini merupakan produk yang popular oleh Huda Beauty. Huda Kattan, pengasas Huda Beauty telah mengeluarkan rona warna #PinkVsPeach mengikut kesesuaian warna kulit tersendiri. Tona kulit boleh berubah mengikut musim, tetapi warna kulit tidak pernah berubah. Sama ada warm, neutral atau cool-toned. Buat mereka yang mempunyai kulit yang lebih cerah, rona warna merah jambu adalah lebih sesuai. Namun, rona warna pic buat warna kulit yang sebaliknya.
2. Easy Bake And Snatch Pressed Brightening And Setting Powder

Produk ini merupakan pressed powder yang direka untuk pencerahan dan penetapan yang disasarkan dalam memberikan hasil terbaik pada solekan. Bukan sahaja memudahkan dan mempercepatkan tempoh bersolek, malah alat solek ini juga memberikan liputan sehingga 8-9 jam! Ketika GBC hadiri karnival mini #PinkVsPeach, jurusolek Ummi Nasir yang turut hadir dan melakukan simulasi telah berkongsikan tip bersolek. Di mana, gabungan alat solek Easy Bake Pressed Powder bersama Easy Bake Loose Baking Powder dapat menghasilkan a snatched makeup look.
3. Faux Filler Gloss

Pengilat bibir yang pernah tular dek kerana kehebatan formulasinya! Faux Filler Gloss ini diformulasikan untuk memberi penghidratan serta kemasan seperti ‘kaca’ tanpa rasa melekit. Didatangi dengan pelbagai jenis warna, ia padat dengan bahan mesra bibir seperti Vitamin E dan Kolagen Vegan. Ia memberikan keselesaan sambil menghidratkan. Selain itu, ia juga membuatkan bibir kelihatan penuh apabila memakainya.
4. Nude Obsessions Eyeshadow Palette Mini

Palet pembayang mata mini merupakan siri pembayang mata dengan tema Nude. Produk kecantikan ini menampilkan sembilan variasi warna menggoda yang direka sesuai buat semua jenis solekan. Setiap palet mengandungi julat pembayang mata yang luar biasa dan berpigmen. Daripada matte hingga lah ke rona metalik yang mempersonakan. Tersedia dengan tiga palet pembayang mata yang berbeza, iaitu Nude Light, Nude Medium dan Nude Rich Obsessions.
5. Liquid Matte Ultra-Comfort Transfer-Proof Lipstick

Antara produk yang turut diperlihatkan juga adalah tidak lain dan tidak bukan, Liquid Matte Ultra-Comfort Transfer-Proof Lipstick! Gincu jenis cecair yang pernah menjadi tunjang buat jenama Huda Beauty. Gincu bertekstur ringan dan baldu ini meninggalkan kemasan suede-matte mentega dengan pelbagai pilihan warna. Seperti tidak memakai apa-apa, ia adalah gincu yang berpigmen dengan terang serta kalis pemindahan. Jika dipadankan dengan Huda Beauty’s Lip Contour 2.0, ia memberikan penampilan bibir yang menawan dan menakjubkan!
Artikel Berkaitan: GBC Kongsikan Momen Eksklusif Wangian Jo Loves Oleh Jo Malone CBE
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.

