Pilihan Editor GBC : Kuasai Solekan ala Latte Dengan 5 Produk Ini - Glam Malaysia

Pilihan Editor GBC : Kuasai Solekan ala Latte Dengan 5 Produk Ini

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Solekan Latte tular di TikTok dan dominasi dunia kecantikan dalam masa singkat! Hailey Beiber antara pelopor pertama! Ini 5 Produk Mekap Pilihan Editor

Trend solekan yang tular baru-baru ini menduduki tangga pertama. Solekan Latte merupakan inspirasi idea solekan estetik yang diterjemahkan untuk musim panas 2023. Solekan latte ini hanya menggunakan palet warna coklat yang hangat. Kenapa ia menjadi pilihan wanita Gen Z ini adalah kerana solekan ini sesuai untuk mekap tahan di musim panas dan kulit tampak terhidrasi sempurna.

Solekan latte ini boleh digunakan untuk setiap jenis warna kulit. Barulah tiada yang terasa kerana sesetengah solekan itu hanya terhad pada warna kulit tertentu sahaja. Ini 5 produk mekap terkini pilihan saya dari Anastasia Beverly Hills, Chanel Beauty, Dior Beauty, Guerlain dan Hermes untuk cipta solekan ini khas buat ahli GLAM Beauty Club.

Artikel berkaitan GLAM Beauty Club di Tokyo Bersama Pelakon Charlie’s Angels, ELLA BALINSKA

 CHANEL Stylo Yeux Waterproof 20 Espresso

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan