GBC Kongsikan Momen Eksklusif Wangian Jo Loves Oleh Jo Malone CBE
GLAM Beauty Club secara eksklusif dapat bertemu dengan pengasas wangian Jo Loves baru-baru ini di butik wangian Jo Loves Pavilion Damansara Heights. GBC bawakan momen serta wangian yang menarik untuk anda ikuti bersama!
Jo Loves merupakan wangian mewah British yang diasaskan oleh Jo Malone CBE selepas pemergiannya daripada label Jo Malone London. Jo Loves diilhamkan oleh kenangan dan detik-detik indah dalam hidupnya. Diinovasi menjadi koleksi bauan, mandian badan serta lilin baharu yang inovatif. Keghairahan Jo terhadap wangian tidak pernah berhenti, lalu tercipta lah sebuah jenama Jo Loves yang lebih sentimental.

Baru-baru ini, GBC hadir ke acara meet and greet dan berpeluang bertemu dengan Jo Malone CBE! Jo Malone CBE disifatkan sebagai ‘English scent maverick’, wanita yang bertanggungjawab mencipta beberapa wangian yang paling digemari di dunia. Jo berkongsi tentang kisah kehidupan, kenangan serta bagaimana wangian ikonik Jo Loves tercipta. Hadir dalam persalinan berwarna merah, Jo dengan baik hati turut melakukan simulasi dengan koleksi wangiannya untuk dikongsi bersama.
Ini Antara Wangian Eksklusif Jo Loves Yang Dikongsi Bersama Oleh Jo Malone GBE
1. Pomelo

Merupakan wangian pertama daripada Jo Loves, haruman Pomelo diispirasi oleh kenangan cuti musim panas. Segalanya tentang pantai berpasir putih, cadar linen segar dan ais yang berkilauan. Haruman ini terkenal dengan baunya yang segar dan menaikkan semangat. Ia adalah wangian uniseks yang diilhamkan oleh kecintaan Jo Malone terhadap bau sitrus dan kenangannya pada musim panas di selatan Perancis. Citrus dan Grapefruit yang diselitkan, nyata memberi bauan yang tajam, menyegarkan dan memberi tenaga serta-merta.
2. Jo by Jo Loves

Haruman Jo by Jo Loves merupakan wangian yang lebih peribadi. Wangian ini dikatakan dicipta buat dirinya sendiri namun ianya antara minyak wangi yang popular. Haruman segar dengan bauan elemen peppery ini merangkumi nota berkilau seperti Grapefruit, Bitter Orange, Limau nipis dan Spearmint. Bahan seperti Kayu Guaiac, Cedarwood dan Vetiver yang kuat dengan reben Hedione dan Lada Hitam menghangatkan lagi suasana apabila memakainya. Wangian harian Jo yang dengan penuh kasih sayang ini panggil sebagai ‘Parfum Jo.’ Sebagai tanda tangan penciumannya, sinonim dengan simbol Titik Merah yang ikonik.
3. No. 42 The Flower Shop

Wangian ini dicipta bagi meraikan ingatan kenangan Jo yang pernah bekerja di kedai bunga ketika muda. Minyak wangi bunga ini menawarkan haruman yang direka untuk menangkap intipati kedai bunga tradisional. Sejambak bunga segar serta daun hijau yang dihancurkan bersama, nyata dapat mencipta bau yang mempersonakan! Sesuai buat pencinta bunga tanpa perlu bersusah payah membotolkan bau seakan kedai bunga.
Artikel berkaitan: Ini Ialah 5 Wangian Ikonik Pilihan GBC Untuk Hari Ibu
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.

