Use your ← → (arrow) keys to browse
Yuna sememangnya dikenali sebagai seorang yang prihatin, bukan sahaja terhadap ahli keluarga sendiri tetapi juga orang sekeliling.
Penyanyi berusia 35 tahun ini dilihat sering menyokong jenama tempatan sama ada perniagaaan kecil mahupun besar, terutama saat para usahawan terkesan akibat pandemik.
“Ramai tahu saya gemarkan jenama-jenama tempatan sama ada kecil atau besar sejak dahulu lagi. Saya akan kongsikannya dengan keluarga dan para peminat, tetapi saya rasa cara itu masih belum lagi boleh dianggap menyeluruh,” katanya.