Use your ← → (arrow) keys to browse
Lebih setahun pendemik Covid-19 melanda dunia, bermakna dalam tempoh itu jugalah Yuna Zarai ‘terkandas’ di Malaysia.
Yuna yang pulang ke tanah air bersama suami, Adam Sinclair pada Mac tahun lalu untuk mengurus beberapa perkara tidak menyangka sudah lebih setahun dia meninggalkan Amerika Syarikat.
Baru-baru ini pelantun lagu Don’t Blame It On Love itu meluahkan hasratnya untuk kembali ke Los Angeles bagi meneruskan kerjaya muzik di sana dan melakukan kerja-kerja pembikinan album terbaharu.
“Insya-Allah, album tersebut akan dilancarkan pada hujung tahun ini. Saya juga akan memastikan dapat berulang-alik ke Malaysia demi memastikan kesejahteraan keluarga saya sentiasa terpelihara,” katanya.