Ini Waktu Paling Subur Kaum Lelaki Perlu Anda Tahu!

Ini Waktu Paling Subur Kaum Lelaki Perlu Anda Tahu!

Buat pasangan yang sudah berumah tangga dan mahu membina keluarga bahagia, waktu paling subur kaum lelaki adalah antara faktor yang membawa kepada kebahagiaan hubungan perlu anda tahu!

Semestinya dalam membina kehidupan bahagia bersama pasangan bukan sekadar tentang percintaan. Banyak lagi fasa yang perlu ditempuhi bersama seperti alam pernikahan dan kemudian membina keluarga. Berbicara pula tentang memiliki zuriat, ada di antara kita yang mungkin rezeki keluarga muncul melimpah ruah, ada juga yang mungkin belum tiba dan harus kekal berusaha.

Hari ini, di dalam dunia serba canggih, semakin banyak teknologi dan cara untuk pasangan mencuba dan berikhtiar lebih-lebih lagi buat yang bercita-cita untuk pasangan yang menghadapi kesukaran memiliki zuriat ini. Namun tahukah anda, ada juga beberapa perkara yang perlu anda ambil tahu tentang tubuh badan anda dan si dia sebelum menunding diri masing-masing menyalahkan perihal kesuburan.

waktu paling subur

Seperti wanita, lelaki juga berpotensi mengalami isu kesuburan ini. Ada yang mengatakan, untuk melakukan seks, perlu dilakukan pada kala waktu subur wanita sedang memuncak. Walau bagaimanapun, waktu subur kaum lelaki juga harus diberi penekanan.

See also
Billie Eilish, Olivia Rodrigo & Dua Lipa Bakal Menghangatkan Festival iHeartRadio

Sudah diketahui umum, seorang lelaki menilai kesuburannya melalui kualiti dan kuantiti sperma yang dikeluarkan oleh mereka menerusi air mani. Dan tahukah anda, jumlah dan kualiti sperma tersebut boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan salah satunya adalah masa?

Buat pengetahuan semua, waktu sperma yang subur dan sihat lebih meningkat jika pada sebelah pagi dan waktu yang sejuk. Jumlah sperma akan sedikit berkurangan ketika cuaca panas dan ini semua adalah kerana testis kaum lelaki sebenarnya sangat sensitif lebih-lebih lagi terhadap suhu sesuatu tempat itu.

Bilakah waktu paling subur kaum lelaki ini?

waktu paling subur kaum lelaki

Menurut kajian pakar, waktu paling subur kaum lelaki adalah pada pukul 4 pagi sehingga 7 pagi, di waktu pagi dan di kala cuaca sejuk. Pakar turut berkongsi di kala itu, jumlah sperma berada pada tahap kuantiti dan kualiti yang paling tinggi. Maka, buat pasangan suami dan isteri di luar sana, ini adalah waktu bersenggama yang paling sesuai buat yang ingin merancang untuk memiliki zuriat atau menambah bilangan keluarga.

See also
Peach Donut, Apa Yang Menarik Tentang Buah Viral Ini?

Namun, usah risau jika masih berpeluang atau belum tiba masanya untuk anda dan pasangan memiliki zuriat. Kekal berdoa kerana ternyata doa merupakan senjata terkuat bagi setiap orang yang berusaha. Kekal sabar dan terus beristiqamah. Elakkan stress yang berlebihan dan penting untuk anda, menjaga kesihatan fizikal juga emosi. Paling penting, kekalkan keintiman kalian dan tanamkan rasa romantik sepanjang masa bersama.