Use your ← → (arrow) keys to browse
Pada 2005, Cruise membuat kenyataan bahawa gereja menentang penggunaan ubat-ubatan psikiatri setelah menyelar pelakon The Hot Flashes itu secara terbuka kerana mengambil antidepresan untuk mengatasi masalah kemurungan selepas bersalin.
Namun Shields tidak berdiam diri lalu mengecam kelakuan bintang Mission Impossible itu sebagai tidak bertanggungjawab.
“Tom sepatutnya kekal dengan misinya untuk menyelamatkan dunia daripada makhluk asing, bukannya mencampuri urusan wanita yang mengalami kemurungan selepas bersalin untuk memilih rawatan apa yang terbaik buat mereka,” ujarnya.
Perhubungan mereka bagaimanapun kembali jernih tidak lama kemudian setelah Cruise datang ke rumahnya dan membuat permohonan maaf dari hati ke hati.