Volvo Padel Open 2024 Tampil Kejohanan Padel Pertama Malaysia!
Ayuh peminat sukan padel, Volvo Car Malaysia bakal tampil dengan Volvo Padel Open 2024, kejohanan padel pertama dan terbesar di Malaysia!
Kami yakin bukan sekadar peminat jenama kereta Volvo, namun peminat sukan padel bakal turut teruja apabila Volvo Car Malaysia mengumumkan Volvo Padel Open, sebuah kejohanan padel rasmi yang pertama dan terbesar yang bakal diadakan di Malaysia. Acara bakal berlangsung sepanjang dua hujung minggu ini bakal memberi peluang kepada setiap pemain padel baik baharu atau berpengalaman untuk turut serta dalam acara saingan ini.
Untuka acara ini juga, Volvo Car Malaysia telah memilih untuk bekerjasama dengan semua kelab padel yang telah ditubuhkan serta bertempat di Lembah Klang iaitu ASCARO Padel & Social Club, Padelground dan PadelKu. Tujuan utama acara Volvo Padel Open 2024 ini diadakan adalah juga untuk mengembangkan komuniti sosial padel di Malaysia.
Sukan Padel bersama Volvo Car Malaysia, Bina Matlamat Sama
Volvo Car Malaysia adalah merupakan antara yang terawal dan aktid di dalam penglibatan sukan padel. Ini terbukti menerusi acara sukan pertama mereka, Koppla, yang diadakan tahun lalu di ASCARO Padel & Social Club. Patricia Yaw, Ketua Pemasaran & PR di Volvo Car Malaysia berkongsi,
“Kami di Volvo Car Malaysia melihat banyak keserasian bersama sukan ini kerana tumpuannya kepada komuniti, pengalaman memacu gaya hidup dan inovasi teknologi yang berterusan. Kami cukup berbangga memiliki persamaan dengan sukan ini yang sedang berkembang pesat, mempunyai akar sejarah yang kukuh dan masa depan moden yang menarik, sama seperti kereta elektrik baharu kami dan cita-cita kami ke arah elektrik sepenuhnya.”
Daniel Liljekvist, Pengarah Urusan ASCARO Padel dan Kelab Sosial pula berkongsi,
“Volvo Car Malaysia ialah rakan kongsi gelanggang dan automotif pertama kami. Hari ini, kami meningkatkan perkongsian kami untuk menjadi tuan rumah bersama untuk Volvo Padel Open. Perkongsian seperti ini bukan sahaja membantu meningkatkan pengalaman untuk pemain dan pelanggan, tetapi juga memupuk kami untuk kekal dengan misi kami, iaitu untuk menggalakkan komuniti yang aktif dan bergaya di dalam sukan yang semakin berkembang ini.”
Oliver Cheah, Pengarah Padelground turut mengulas,
“Volvo Padel Open adalah peluang kami untuk mempamerkan sukan padel serta gaya hidup mudanya yang bertenaga melalui gelanggang baharu kami di KLGCC. Memandangkan minat terus berkembang dalam kalangan generasi baharu sosialit, peminat kecergasan dan personaliti popular, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai pemain untuk menceburi sukan padel yang menggabungkan aspek kecerdasan dan keseronokan.”
Charl Hermus Marais, Pengarah Operasi PadelKu, menambah,
“Memandangkan padel sedang memperoleh momentum sebagai sukan yang paling pesat berkembang, kami melihat ini sebagai peluang untuk meningkatkan mutu permainan. Matlamat kami adalah untuk meluaskan keterujaan padel, di samping melatih pemain baharu. Volvo Padel Open adalah peluang yang sesuai untuk kedua-dua pemain baru dan mahir untuk mengasah teknik dan taktik mereka melalui permainan kompetitif.”
Cara Untuk Menyertai Volvo Padel Open 2024
Bakal berlangsung bermula 8 sehingga 15 Jun 2024, peserta Volvo Padel Open bakal bersaing dan merebut hadiah bernilai sehingga RM100,000 dalam empat kategori yang dipertandingkan iaitu kategori Intermediate, Open, Women’s juga Wildcard. Peserta perlu mendaftar bersama sebagai pasukan beregu, dan semua pemain dinilai ketika pendaftaran untuk menentukan tahap kemahiran dan kategori kelayakan.
Pasukan pemenang dan naib juara bagi setiap kategori akan memenangi:
Kategori | Intermediate
Juara: Hadiah wang tunai bernilai RM10,000 + barangan dan pinjaman kereta Volvo bernilai RM10,000
Naib Juara: Hadiah wang tunai bernilai RM8,000 + barangan dan pinjaman kereta Volvo bernilai RM5,500
Kategori | Open
Juara: Hadiah wang tunai bernilai RM8,000 + barangan dan pinjaman kereta Volvo bernilai RM9,000
Naib Juara: Hadiah wang tunai bernilai RM6,000 + barangan dan pinjaman kereta Volvo bernilai RM5,000
Kategori | Women’s
Juara: Hadiah wang tunai bernilai RM6,000 + barangan dan pinjaman kereta Volvo bernilai RM9,000
Naib Juara: Hadiah wang tunai bernilai RM4,000 + barangan dan pinjaman kereta Volvo bernilai RM5,000
Kategori | Wildcard
Juara: Hadiah wang tunai bernilai RM2,000 + barangan dan pinjaman kereta Volvo bernilai RM8,000
Naib Juara: Hadiah wang tunai bernilai RM1,000 + barangan dan pinjaman kereta Volvo bernilai RM4,000
Untuk menyertai Volvo Padel Open 2024 ini, peserta hanya akan dikenakan yuran sebanyak RM200 bagi setiap pasukan yang terdiri daripada dua pemain. Selain itu, Volvo Car Malaysia turut menyediakan yuran kadar istimewa iaitu RM100 buat pemain yang memiliki Volvo. Selain daripada berpeluang untuk menyertai pertandingan ini, pemain juga akan dapat menyertai klinik latihan padel secara percuma, disamping menerima kit sukan Volvo, akses sisi gelanggang pada pusingan akhir juga layanan eksklusif yang disediakan oleh Volvo.
Pendaftaran dibuka mulai sekarang hingga 24 Mei 2024, atau sehingga slot penuh. Untuk mengambil bahagian, daftar melalui https://padel.volvocarmalaysia.com dan ketahui dengan lebih lanjut tentang Volvo Padel Open 2024 di sini.