Use your ← → (arrow) keys to browse
Davis turut memberitahu media bahawa dia berasa wanita kulit hitam tidak mendapat kebebasan yang sama seperti wanita kulit putih dalam industri filem.
“Masih terdapat syarat bahawa wanita perlu tampil dalam gaya tertentu atau usia tertentu untuk memainkan watak seksual di layar perak. Dan jika syarat itu dilanggar, biasanya hanya untuk pelakon kulit putih sahaja.
“Dan mereka pelakon berkulit putih yang hebat – Meryl Streep dalam Hope Springs atau Diane Keaton dalam Something’s Gotta Give. Tetapi saya rasa kebebasan itu tidak diberikan kepada wanita kulit hitam, terutama yang kulitnya benar-benar gelap. Ia tidak pernah berlaku.”
The Telegraph melaporkan, Davis bakal bergelar penerbit eksekutif untuk siri rancangan akan datang berjudul First Ladies, di mana dia akan memegang watak sebagai Michelle Obama.