Use your ← → (arrow) keys to browse
Isu kesaksamaan, kebebasan dan rasisme semakin berkurangan dalam industri Hollywood seiring peredaran masa. Namun berpuluh tahun lalu, ia cukup berleluasa sehingga menutup peluang Viola Davis untuk menyerlahkan bakat sebagai pelakon.
Menerusi wawancara bersama The Telegraph, Viola Davis berbicara mengenai peranan utamanya dalam filem Ma Rainey’s Black Bottom. Juga pengalaman melihat August Wilson membuat persembahan di hadapan mata kepalanya sendiri buat kali pertama, ketika bekerja sambilan sebagai pembantu teater sewaktu zaman kolej.
Baru-baru ini Davis menerima pencalonan sebagai Pelakon Wanita Terbaik dalam kategori Motion Picture-Drama di anugerah Golden Globe untuk filem terbitan Nexflix, Ma Rainey’s Black Bottom.
Pelakon berusia 55 tahun ini memberitahu pengkritik filem The Telegraph, Robbie Collin bahawa dia memasuki sekolah teater di Rhode Island College dan The Julliard School, New York menggunakan hasil titik peluh sendiri.
Dia kemudian mengimbas momen kala menjadi pembantu teater, menonton teater adaptasi Ma Rainey’s Black Bottom di atas pentas dan hampir berhenti bernafas kerana terlalu teruja.