Use your ← → (arrow) keys to browse
Beberapa hari lalu Kamal dan Uqasha mendedahkan bahawa mereka akan melangsungkan majlis pernikahan di pusat peranginan tanah tinggi terkenal tanah air.
Mereka memilih untuk merahsiakan tarikh pernikahan atas sebab tertentu, namun ia dijangka berlangsung pada pertengahan tahun ini.
Jelas Kamal, dia tidak sabar menantikan hari bahagia mereka namun dalam masa sama masih mempersiapkan diri untuk bergelar suami.
“Saya teruja namun saya kena belajar. Uqasha ada majlis perkahwinan impian sendiri dan saya ikutkan sahaja sebab percaya dengan pilihannya. Saya berharap semua pihak dapat mendoakan yang terbaik.”